HomeUtamaBomba Sabah hantar bantuan makanan kepada penduduk terjejas di Pensiangan

Bomba Sabah hantar bantuan makanan kepada penduduk terjejas di Pensiangan

Read Time:1 Minute, 35 Second

KENINGAU: Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah menghantar sebuah Helikopter jenis Mi-171 (M994-04) bagi bantuan menghantar bakul makanan kepada penduduk Daerah Pensiangan yang telah terputus hubungan akibat dari kejadian tanah runtuh yang telah berlaku sejak 5 September lalu.

Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan beberapa jalanraya terputus serta tidak dapat dilalui oleh kenderaan darat dan juga agak berbahaya sekiranya menggunakan pengangkutan air.

Misi Bantuan Kemanusiaan Salinatan – Pensiangan 2023. – Foto ihsan JBPM Sabah

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, sebanyak lapan buah kampung telah terlibat iaitu Kampung Kabu, Kampung Saliliran, Kampung Siatu, Kampung Simohong, Kampung Karampalon, Kampung Babayasing, Kampung Dobolon dan Kampung Sibangali.

Katanya, seramai lebih kurang 500 orang penduduk telah terjejas akibat bencana alam itu.

“Seramai 33 orang pegawai dan anggota dari JBPM telah terlibat
dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Salinatan – Pensiangan 2023 ini yang diketuai oleh Penolong Kanan Persuruhjaya Bomba Abdul Razak
Muda, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah.

“Misi ini merupakan program kerjasama JBPM dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Daerah Nabawan dan pihak NGO (Forces of Love) bagi menyelaras bantuan secara teratur untuk penduduk mangsa bencana pedalaman setempat Nabawan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, misi kemanusiaan ini telah dijalankan sebanyak dua kali, yang mana pada misi pertama pada 12 September 2023 sebanyak 2.3 tan bantuan makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas dengan menggunakan pengangkutan air dengan kerjasama antara pihak JBPM dan pihak NGO
(Forces of Love).

“Manakala untuk misi kedua kali ini (27 September 2023) sebanyak 10.45 tan bantuan makanan
(lapan tan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 2.45 tan dari pihak NGO) sedang diagihkan
oleh dua unit helikopter iaitu jenis Mi-171 (milik JBPM) dan AW 139 (milik PDRM) dengan kerjasama
JPB Nabawan dan pihak NGO (Forces of Love),” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan misi kemanusiaan boleh berhubung dengan Ketua Zon Bomba Keningau, Penguasa Bomba Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan di talian 013 8502992.

RELATED ARTICLES
Utama

Pusat Hiburan Di Kuala Lumpur terbakar, dipercayai dikhianat dengan bom petrol

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular