HomeUtamaPPS Selagon ditutup, banjir di Beaufort pulih

PPS Selagon ditutup, banjir di Beaufort pulih

Read Time:52 Second

Beaufort : Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon, di sini, ditutup secara rasmi jam 10.30 pagi tadi selepas dibuka sejak Jumaat lalu bagi menempatkan mangsa yang terjejas banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun, berkata penutupan PPS itu dibuat selepas keadaan banjir di kawasan yang terjejas sekitar daerah ini pulih, hari ini.

“Hasil pemantauan dan penilaian oleh agensi keselamatan di bawah JPBD, keadaan banjir telah pulih sepenuhnya. 

“Dengan ini, saya mengisytiharkan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di PPS Selagon, Beaufort pada jam 10.30 pagi,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Penutupan itu dilakukan selepas 134 mangsa terakhir yang berada di PPS berkenaan sehingga jam 8 pagi tadi dihantar pulang ke rumah masing-masing.

Penghantaran pulang mangsa banjir dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kebanyakan mangsa adalah dari Kampung Suasa, Bangkalalak, Berumbai, Bakalau dan Lago.

Berikutan itu penutupan PPS berkenaan, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Beaufort turut ditutup bermula jam 12 tengah hari tadi.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengerusi SPR Bersara Wajib

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular