HomeUtama'Magical Train Ride' bantu wanita jana pendapatan

‘Magical Train Ride’ bantu wanita jana pendapatan

Read Time:1 Minute, 19 Second

Beaufort :  Program ‘Magical Train Ride’ Bersama Toh Puan dapat membuka peluang kepada kaum wanita untuk menjana pendapatan khususnya di lokasi-lokasi persinggahan utama.

Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Sabah, Datuk Dr. Nuinda Alias berkata, program yang julung kali diadakan itu turut disertai bersama isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

“Selain mengeratkan lagi ikatan silaturahim dalam kalangan ahli PUSPANITA, program ini juga bertujuan untuk membantu kaum wanita memperkenalkan produk mereka sekaligus menjana pendapatan.

“Terdapat beberapa persinggahan utama iaitu di Stesen Keretapi Kinarut, Papar dan Beaufort dan di semua persinggahan ini, peluang dibuka kepada kaum wanita untuk menjual dan membuat demonstrasi produk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program berkenaan di Pusat Wanita Sabah Beaufort, di sini baru-baru ini.

Nuinda yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Program berharap agar melalui program tersebut, ahli Puspanita dapat meningkatkan kemahiran mereka antaranya kemahiran berkomunikasi dan pengurusan program.

“Sepanjang persiapan untuk melaksanakan program ini, ahli yang terlibat perlu belajar dan menggunakan pelbagai kemahiran kerana program ini melibatkan kerjasama dengan jabatan-jabatan lain.

“Saya berharap agar kemahiran ini akan dapat membantu mereka dalam melaksanakan tugas-tugas seharian mereka sama ada bersama Puspanita ataupun di luar,” katanya.

Program yang disertai oleh lebih kurang 300 ahli Puspanita itu turut diserikan dengan kehadiran Yang DiPertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS), Datuk Juliah Salag.

Menempuh perjalanan sejauh 90 kilometer, Program Magical Train Ride Bersama Toh Puan itu memulakan perjalanan dari Stesen Keretapi Tanjung Aru dan berakhir di Stesen Keretapi Beaufort.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular