HomeUtamaSesi Ziarah, Penyerahan Surat Tawaran Program SULUNG 2.0 kepada pelajar Universiti Malaysia...

Sesi Ziarah, Penyerahan Surat Tawaran Program SULUNG 2.0 kepada pelajar Universiti Malaysia Sarawak

Read Time:1 Minute, 52 Second

PAPAR: Selaras dengan usaha mewujudkan jaminan akses pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG) bagi menyediakan peluang dan pembiayaan pendidikan kepada anak pertama daripada keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga yang melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi untuk menyambung pengajian mereka di universiti awam (UA).

Program ini telah dilaksanakan secara rintis oleh KPT mulai Sesi Akademik 2022/2023 melibatkan pembiayaan penuh kewangan kepada 75 orang pelajar dalam enam bidang kompetitif daripada lapan buah UA.

Mengambil kira pertimbangan kemampanan kewangan jangka masa panjang dan perluasan program ini kepada pelajar daripada semua bidang pengajian di 20 UA, KPT telah menambah baik kaedah pelaksanaan Program SULUNG bermula Sesi Akademik 2023/2024 di mana hanya pengecualian yuran universiti diberikan kepada pelajar yang terpilih mengikuti program ini.

Dalam konteks ini, Program ini telah dijenamakan semula sebagai Program SULUNG 2.0.

Justeru, bersempena kemasukan pelajar baharu universiti awam bagi Sesi Akademik 2023/2024 yang telah bermula pada September 2023, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Mohammad Yusof Apdal telah menyantuni seorang pelajar baharu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Cressentia Paul dengan melakukan ziarah dan menyerahkan surat tawaran Program SULUNG 2.0 kepadanya di rumah keluarga pelajar tersebut di Kampung Limbahau, di sini, hari ini (29 Sept).

Sesi ziarah ini turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS, Prof. Ir. Ts. Dr. Al-Khalid Othman dan
Pengarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Sabah, Muliati Kamaruddin.

Cressentia Paul bakal diberikan pengecualian yuran universiti
berjumlah RM6,774 sepanjang lapan semester beliau melanjutkan
pengajian dalam bidang perakaunan di UNIMAS.

Bersempena dengan sesi
ziarah ini juga, beliau menerima sumbangan kotak makanan berbentuk keperluan harian daripada pihak PTPTN manakala pihak Yayasan Kebajikan Siswa (YKS), iaitu sebuah agensi di bawah KPT memberikan sumbangan tunai berjumlah RM500 bagi pembelian barang keperluan memasuki universiti kepada beliau yang akan mendaftar masuk ke UNIMAS pada 30 September 2023.

Pelaksanaan Program SULUNG 2.0 merupakan inisiatif KPT yang bertujuan untuk menyumbang kepada pembangunan modal insan yang inklusif dan menyokong transformasi sosial bagi membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga B40 ke satu tahap yang lebih baik agar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

KPT percaya hanya pendidikan sahaja mampu menoktahkan kemiskinan di kalangan masyarakat bagi menghadapi kepesatan transformasi sosial dan ekonomi dunia.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya