HomeUtama500 pelajar Parlimen Putatan sertai Program Smart Jawab SPM 2023

500 pelajar Parlimen Putatan sertai Program Smart Jawab SPM 2023

Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seramai 500 pelajar daripada tujuh buah sekolah dalam Parlimen Putatan menyertai Program Smart Jawab SPM 2023 berlangsung selama dua hari bermula 30 September hingga 1 Oktober 2023 di Dewan Perdana, Maktab Sabah, di sini, hari ini.

Program anjuran Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.173 Putatan itu memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam teknik menjawab bagi empat subjek teras peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, program ini adalah bertujuan membentuk, memberi kefahaman dan juga makluman serta informasi kepada para pelajar tentang bagaimana untuk mereka mengoptima pemarkahan dalam menjawab soalan.

“Penceramah-penceramah yang telah kita jemput untuk memberi penerangan dalam program ini adalah merupakan guru-guru yang berpengalaman dan juga penggubal kertas soalan peperiksaan serta pemeriksa kertas peperiksaan SPM.

“Jadi besarlah harapan kami daripada perkongsian yang bakal diberi oleh guru-guru atau pun penceramah-penceramah itu nanti akan dapat membantu pelajar untuk mengoptimakan markah dalam menjawab soalan peperiksaan SPM 2023 kelak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan program tersebut.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, program itu juga
menyelitkan sesi motivasi dan ruang melanjutkan pelajaran selepas SPM dengan kerjasama daripada Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).

Beliau berharap program itu dapat meningkatkan prestasi keputusan SPM di kawasan Parlimen Putatan.

“Harapan saya daripada program ini adalah untuk meningkatkan prestasi keputusan SPM di Parlimen Putatan kerana ia adalah merupakan teknik menjawab soalan kepada pelajar yang mungkin pada masa sekarang dalam teknik menjawab berada pada border line.

“Justeru itu, apabila mengetahui bagaimana mengoptimakan markah yang boleh diperolehi ia akan dapat mengubah kepada keputusan yang lebih baik manakala yang lebih baik mungkin menjadi lebih cemerlang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya