HomeIsu tempatanBekalan air di UMS mencukupi

Bekalan air di UMS mencukupi

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Bekalan air bagi menampung keperluan dan kegunaan warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) setakat ini adalah mencukupi.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata, ini menerusi beberapa inisiatif dan kerjasama strategik yang dilaksanakan bersama Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dalam membekalkan air ke universiti berkenaan.

“Tentunya masalah air ini bukan masalah yang hanya berlaku di UMS, tetapi juga turut dihadapi oleh masyarakat di Sabah secara keseluruhannya. Selain itu kita turut melaksanakan banyak inisiatif seperti membuat ‘Tube Wheel’ dan juga kerjasama strategik dengan JANS.

“Ini bagi memastikan keperluan air di universiti dapat dipenuhi dan kita sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya tiga juta liter air dalam satu hari.  Jumlah ini juga dapat kita perolehi dari JANS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas meninjau proses pendaftaran pelajar baharu UMS di sini pagi tadi.

Kasim berkata, pihaknya juga turut mengambil inisiatif dengan mendapatkan sumber air graviti sebagai persediaan bagi menampung keperluan bekalan air di universiti itu.

“Memang kita akui dalam semester lalu, kita menghadapi masalah tetapi dengan perbincangan strategik dengan JANS kita telah dapat menyelesaikan masalah yang timbul.

“Sudah tentu kita sentiasa memberi perhatian yang khusus atau istimewa kepada pelajar di UMS yang tinggal di dalam kampus termasuk kakitangan yang berjumlah lebih 3,000 orang,” katanya.

Justeru beliau turut berharap ibu bapa pelajar agar tidak risau tentang keperluan bekalan air di universiti berkenaan.

Mei lalu, UMS berdepan krisis air meskipun pelbagai langkah telah diambil oleh pihak universiti untuk menyelesaikan masalah terbabit.

Antara langkah yang telah diambil oleh UMS sejak dari awal termasuk menggunakan perkhidmatan lori tangki JANS melibatkan 400,000 liter air sehari.

Bekalan ini diperolehi daripada Loji Rawatan Air Moyog, Penampang, melibatkan 20 kali penghantaran lori tangki air sehari atau anggaran kapasiti sehingga 400,000 liter sehari dibekalkan untuk kegunaan kolej kediaman pelajar dan juga bangunan sekitar dalam kampus. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya