HomeUtamaJurutera JKR diminta laksana kerja dengan teliti jangan bazir duit kerajaan...

Jurutera JKR diminta laksana kerja dengan teliti jangan bazir duit kerajaan – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah diberi peringatan supaya melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan dilakukan secara teliti dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan tidak membazirkan duit kerajaan.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya bagi mengulas isu tular berhubung laluan rosak di Jalan Gum-Gum, Sandakan baru-baru ini.

Katanya, berhubung berita yang tular di media sosial dengan pelebaran bulatan di Jalan Gum Gum, mendapati bahawa ianya dilakukan dengan kurang baik.

“Kita dapati bahawa ianya dilakukan dengan kurang baik, tanah yang becak ditimbus dan diturap tanpa pemeriksaan yang teliti dan apabila kenderaan-kenderaan berat datang melalui atau menggunakan jalan tersebut jadi jalan itu akan rosak teruk. Jadi kita telah mengarahkan konsesi bagi jalan raya tersebut untuk membuat pembaikan dalam tahun ini juga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Smart Jawab SPM 2023 di Dewan Perdana, Maktab Sabah, di sini, hari ini.

Shahelmey turut memberi teguran kepada para jurutera dan kontraktor dipertanggungjawabkan supaya tidak menjadikan alasan kekangan kewangan menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan dengan tidak baik.

“Jadi satu teguran saya kepada jurutera-jurutera konsesi apabila disebabkan oleh kekangan kewangan maka mereka mengurangkan skop kerja tetapi kita kena fikir kalau kena kurangkan kerja itu sama ada kerja itu masih boleh menepati spesifikasi yang ditetapkan atau tidak, kalau tidak, cari alternatif lain yang lebih berdaya tahan.

“Jangan disebabkan atas alasan had kewangan kurang maka kita ke pilihan B tapi pilihan B tidak berdaya tahan, mana boleh, sepatutnya pilihan B juga berdaya tahan,” tegasnya.

Justeru, beliau menegaskan supaya pihak yang terlibat tidak melakukan sesuatu kerja yang membazirkan duit kerajaan.

“Jangan melakukan sesuatu yang membazirkan duit kerajaan, jadi kita mintalah kepada semua yang terlibat melakukan pemantauan dengan ketat sebelum meluluskan apa-apa juga hasil kerja yang telah dilakukan,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya