HomeSukanLebih 300 peserta sertai 'Fun Run' IJPAM Sabah 2023

Lebih 300 peserta sertai ‘Fun Run’ IJPAM Sabah 2023

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu :  Lebih 300 peserta terdiri dari kakitangan jabatan dan majlis agama seluruh negara menyertai acara ‘Fun Run’ sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) di sini pagi tadi.

Acara yang bermula di perkarangan Masjid Negeri Sabah itu disempurnakan pelepasan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Larian itu melibatkan jarak sejauh 4.5 kilometer dan 6.6 kilometer masing-masing melibatkan kategori VIP dan kategori umum.

Antara laluan larian adalah bermula di Masjid Negeri; Jalan Sembulan; Jalan Mat Salleh; Bulatan Jalan Aru (bagi kategori umum); Bulatan Jalan Tanjung Aru (bagi kategori VIP) sebelum berpatah balik melalui laluan sama dan berakhir di Masjid Negeri Sabah.

Arifin ketika ditemui berkata, acara yang diadakan itu adalah bersempena dengan IJPAM Sabah 2023 dengan acara kemuncak Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam pada 4 Oktober ini.

Katanya, konvensyen itu dijangka akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya mengalu-alulam kehadiran para kontinjen dan peserta dari seluruh Malaysia yang melibatkan jabatan, majlis agama dan agensi dibawahnya.

“Mudah-mudahan program yang diadakan ini akan dapat menjalin silaturrahim dikalangan kakitangan perkhidmatan jabatan dan majlis agama Islam seluruh negara,” katanya.

Beliau turut berharap agar program yang dilaksanakan itu berjalan lancar dan baik.

“Selain kerjasama dan semangat silaturrahim,sudah tentu program seumpama ini juga dapat memantapkan lagi jentera kita dalam jabatan dan majlis agama,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Sukan

Perkasa Padu juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular