HomeIsu tempatanProgram Jejak Ilmu ADUN Membakut santuni 52 pelajar ke IPTA/S

Program Jejak Ilmu ADUN Membakut santuni 52 pelajar ke IPTA/S

Read Time:1 Minute, 4 Second

Membakut : Seramai 52 orang anak kelahiran daerah ini yang bakal memasuki beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di seluruh negara diraikan dalam satu majlis di sini semalam.

Majlis sempena Program Jejak Ilmu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang juga ADUN Membaku Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Arifin berkata, program itu diadakan adalah bagi memberi sokongan dan dorongan kepada para pelajar terlibat agar memanfaatkan sepenuhnya peluang ke menara gading demi kejayaan yang ingin dicapai.

“Program yang memasuki tahun ke-15 ini adalah inisiatif tahunan saya selaku ADUN bagi menyantuni anak-anak yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA/S.

“Bidang pendidikan dan keilmuan juga sangat dengan saya dan oleh itu juga saya telah mengambil inisiatif memberi sedikit peruntukan tahunan kepada sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) khususnya di daerah ini,” katanya.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkatam Kerajaan Negeri turut menyediakan pelbagai inisiatif bantuan kepada para pelajar yang memerlukan.

Antaranya Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) 2022 serta pelbagai bantuan lain.

Terdahulu, pelajar yang diraikan telah ditawarkan beberapa universiti tempatan antaranya Universiti Malaysia Sabah (UMS); Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan beberapa universiti lain. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Golongan belia perlu terus perkasa kemahiran digital

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular