HomeEkonomiPendapatan Rakyat Sabah Harus Ditingkatkan

Pendapatan Rakyat Sabah Harus Ditingkatkan

Read Time:4 Minute, 36 Second

Oleh: Wan Azrain Adnan

1.        Beberapa hari lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengumumkan Laporan Statistik Gaji & Upah Malaysia 2022. Laporan tersebut telah menunjukkan beberapa data utama:

  • Jumlah pekerja rakyat Malaysia sepenuh masa yang di bayar gaji dan upah adalah seramai 9.95 juta orang, daripada jumlah keseluruhan penduduk bekerja seramai 15.39 juta orang yang di rekodkan
  • 50% daripada pekerja warganegara sepenuh masa di Malaysia menerima gaji dan upah di bawah RM 2,424 sebulan
  • Purata Gaji dan Upah Bulanan di Malaysia adalah RM 3,212, meningkat sebanyak 5.8% berbanding RM3,037 (2021)
  • Penengah Gaji dan Upah Bulanan di Malaysia adalah RM 2,424, meningkat 7.7% berbanding RM 2,250 (2021)

2.        Laporan tersebut juga menunjukkan Purata serta Penengah Gaji dan Upah Bulanan untuk Negeri Sabah juga telah meningkat:

  • Purata Gaji dan Upah Bulanan Sabah telah meningkat dari RM 2,826 (2021) kepada RM 2,972, iaitu peningkatan sebanyak 5.2%
  • Penengah Gaji dan Upah Bulanan Sabah meningkat dari RM 1,930 (2021) kepada RM 2,015, iaitu peningkatan sebanyak 4.4%

3.        Secara keseluruhan, Purata serta Penengah Gaji dan Upah Bulanan Sabah masih rendah dari kadar negara. Malah ianya jauh lebih rendah dari WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur dan Selangor. Tambahan lagi, peratusan peningkatan Sabah lebih rendah dari peratusan peningkatan negara. Oleh itu, sekiranya peratusan peningkatan Sabah terus rendah dari peratusan peningkatan negara, maka perbezaan antara Purata serta Penengah Gaji dan Upah Bulanan Sabah dan negara bakal membesar.

4.        Purata Gaji dan Upah Bulanan Sabah menunjukkan trend yang meningkat: RM 2,678 (2020), RM 2,826 (2021), RM 2,972 (2022). Namun begitu, kadar peratusan peningkatan telah merosot sedikit: 5.5% (tahun 2020 – 2021), 5.2% (tahun 2021 – 2022).

5.        Penengah Gaji dan Upah Bulanan Sabah turut menunjukkan trend yang meningkat: RM 1,716 (2020), RM 1,930 (2021), RM 2,015 (2022). Namun begitu, kadar peratusan peningkatan telah merosot banyak: 12.5% (tahun 2020 – 2021), 4.4% (tahun 2021 – 2022).

6.        Pada akhir Julai 2023, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengumumkan laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022. Menurut laporan tersebut, pendapatan isi rumah penengah Malaysia telah meningkat kepada RM 6,338 sebulan. Manakala, pendapatan isi rumah purata Malaysia pula telah meningkat kepada RM 8,479 sebulan.

7.        Laporan tersebut menunjukkan bahawa pendapatan isi rumah penengah Sabah adalah RM 4,577 sebulan, dan pendapatan isi rumah purata Sabah pula adalah RM 6,171 sebulan.    

8.        Kedua-dua laporan DOSM berkenaan menunjukkan pendapatan rakyat Sabah terus ada peningkatan, walaupun masih rendah dari kadar negara dan negeri-negeri lain. Peningkatan ini selari dengan pertumbuhan ekonomi Sabah yang semakin rancak, dengan pelbagai indikator ekonomi di laporkan telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan.

9.        Pada tahun 2022, menurut data DOSM, ekonomi Sabah telah merekodkan pertumbuhan sebanyak 3.7%, dengan trend pertumbuhan yang terus meningkat: 1.5% (2018), 0.7% (2019), -9.2% (2020) dan 1.5% (2021). Malah, untuk tahun 2023, ekonomi Sabah di unjurkan akan berkembang sebanyak 5.0%.

10.      Di samping itu, menurut laporan Statistik Perdagangan Luar Negeri Sabah oleh DOSM, Sabah telah mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM 118.1 billion pada tahun 2022, meningkat sebanyak 35.4% berbanding tahun 2021.

11.      Tambahan lagi, menurut kenyataan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), untuk Separuh Pertama Tahun 2023, Sabah telah merekodkan jumlah pelaburan di luluskan sebanyak RM 9 billion. Ini merupakan jumlah pelaburan ke-5 terbesar negara selepas: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM 31.7 billion), Selangor (RM 29.7 billion), Kedah (RM 14.6 billion) dan Johor (RM 14.2 billion). Kelima-lima negeri ini merangkumi 74.9% daripada jumlah pelaburan yang telah di luluskan.

12.      Pada pertengahan Ogos 2023, syarikat McDonald’s Malaysia telah mengumumkan akan membuka sebanyak 36 restoran baru di seluruh Sabah sehingga tahun 2030, termasuklah – Kota Kinabalu, Kudat, Tuaran, Telupid, Putatan, Kota Belud dan Tawau. Anggaran pelaburan sejumlah RM 200 juta tersebut di jangka akan menyediakan sebanyak 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah. Ketika ini, terdapat 16 restoran McDonald’s di Sabah, dengan jumlah pekerjaan sebanyak 1,600.

13.      Pelaburan ini merupakan satu petanda keyakinan kepada pembangunan negeri Sabah. Ianya membuktikan kuasa beli/ purchasing power rakyat Sabah di jangka akan terus meningkat seiring dengan kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan sosial negeri Sabah.

14.      Ketika meraikan pencapaian negeri Sabah itu, usaha mesti terus di gandakan untuk menangani isu kadar kemiskinan yang masih tinggi, serta paras pendapatan rendah yang di hadapi oleh ramai rakyat Sabah.

15.      Untuk tahun 2022, laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 tersebut menyatakan bahawa nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) adalah RM 2,589 sebulan, berbanding dengan RM 2,208 (2019). Manakala nilai PGK Makanan adalah RM 1,198, berbanding dengan RM 1,169 (2019). Peningkatan nilai PGK berkenaan mengambil kira kos sara hidup yang telah meningkat.

16.      Ini bermakna Purata Gaji dan Upah Bulanan Sabah (RM 2,972) berada di atas paras PGK (RM 2,589), tetapi Penengah Gaji dan Upah Bulanan Sabah (RM 2,015) pula berada di bawah paras PGK (RM 2,589).

17.      Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular