HomeIsu tempatanKekalkan integrasi sosial, jadikan Sabah sebagai negeri contoh

Kekalkan integrasi sosial, jadikan Sabah sebagai negeri contoh

Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Semua masyarakat diseru untuk mengekalkan integrasi sosial dan perpaduan negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang terus dicontohi dan dikuti sebagai ikon perpaduan.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim berkata amalan perpaduan kaum di negeri Sabah telah wujud sekian lama dan generasi semasa perlu terus memegang peranan untuk mengekalkannya.

“Kita sedar bahawa perpaduan kaum amat penting bagi kita di Sabah khasnya kerana kita terdiri daripada pelbagai suku kaum dan anutan agama.

“Untuk mengekalkan keharmonian dan integriti sosial yang kita ada ini, perkara terpenting adalah elakkan segala insiden yang boleh mencemarkan perpaduan serta mengusik sentimen yang akan menimbulkan isu rasis.

“Kita perlu terus pegang tanggungjawab untuk memastikan integriti sosial yang positif ini terus dikekalkan dan sentiasa ingat bahawa Sabah adalah negeri contoh dan tauladan kepada negetri lain di Malaysia, dalam aspek perpaduan kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Persidangan Gagasan Rakyat Bahagian Likas 2023 yang berlangsung di sini pada Sabtu.

Menurut Mohammad Bahrin lagi, selain daripada mengekalkan perpaduan, masyarakat perlu mencintai ilmu dan menguasai pelbagai bahasa.

“Penguasaan pelbagai bahasa adalah antara langkah untuk kita menjayakan diri dan menonjol ke depan khasnya di peringkat global.

“Penguasaan pelbagai bahasa juga mampu menjadi pengikat kepada keharmonian bangsa, sekaligus mengukuhkan jalinan perpaduan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Likas, Halijah Din semasa ucapan beliau berkata perlaksanaan sesebuah aktiviti khasnya bagi menyampaikan wadah perjuangan parti adalah akan lebih berkesan jika dilaksanakan secara kerja berpasukan.

“Kita jangan jadikan kekangan dari segi jumlah atau bilangan yang sedikit, tetapi kita jadikan bilangan kita, yang ada dalam kumpulan kita ini, saling bekerjasama dan bergerak sebagai sebuah pasukan kerana perjuangan kita kepada akar umbi pasti akan lebih bermakna jika kita bergerak seiringan,” katanya.

Persidangan tahunan tersebut merupakan persidangan kali pertama bagi Gagasan Rakyat sejak ditubuhkan pada Mac 2023.

Dalam persidangan yang berlangsung selama sehari itu, hampir 300 ahli Gagasan Rakyat Bahagian Likas serta rakan-rakan Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api dan perwakilan negeri.

Hadir sama dalam persidangan Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api Datuk Faisyal Yusof Hamdain Deigo, Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah merangkap Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api Emmie Martin Idang, Naib Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api Johann Joseph Diego, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api Salmi Sarinoh, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api Syahrul Safwan Najwan Faisyal, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas Muammar Julkarnain, Naib Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas Dr. Awang Faisal Awang Rahim, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Likas Syahmee Mohd Ron dan Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Likas Noor Azie Asngari.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya