HomeUtamaDua kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di Sungai Pegalan

Dua kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di Sungai Pegalan

Read Time:1 Minute, 0 Second

KENINGAU: Dua beradik kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika bermain di tebing Sungai Pegalan, Kampung Linkudou dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau PKPgB Sharudy Delamin berkata, sepasukan Bomba dari BBP Keningau bergegas ke lokasi kejadian sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 5.07 petang tadi (2 Oktober) mengenai dua kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di lokasi kejadian tersebut.

“Maklumat awal diterima, menurut saksi kejadian iaitu seorang kanak-kanak yang kebetulan berada berhampiran di lokasi kejadian ternampak dua mangsa kanak-kanak perempuan sedang bermain di tebing Sungai Pegalan, semasa bermain adik mangsa terjatuh ke dalam sungai manakala kakaknya cuba menyelamatkan adiknya namun kedua-duanya hilang di dalam sungai tersebut,” kata Sharudy ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Sharudy, hasil maklumat tersebut pasukan Bomba dibantu pasukan Polis Keningau segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah ‘Surface Searching’ bagi mengesan keberadaan kedua-dua mangsa berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Azila Jabar berusia 12 tahun manakala adiknya Arlina, 9 tahun.

Sharudy berkata, bagaimanapun kedua-dua mangsa masih belum diemui dan operasi SAR ditangguh pada jam 7 malam tadi.

Katanya, operasi akan disambung esok (Selasa) dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya