HomeUtamaSubsidi RM950 per metrik tan Beras Putih Import untuk Sabah dan Sarawak...

Subsidi RM950 per metrik tan Beras Putih Import untuk Sabah dan Sarawak – Mohamad Sabu

Read Time:1 Minute, 45 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan subsidi sebanyak RM950 per metrik tan Beras Putih Import (BPI) kepada Sabah dan Sarawak mulai 5 Oktober 2023, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, melalui kaedah ini, harga runcit BPI di kedua-dua negeri ini akan menjadi RM31 bagi kampit 10 kilogram (kg). Langkah ini diambil memandangkan pengeluaran Berat Putih Tempatan (BPT) di Sabah dan Sarawak adalah terhad.

“Pengumuman ini adalah hasil pertemuan saya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi tadi, Perdana Menteri telah bersetuju untuk melaksanakan empat langkah intervensi tambahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohamad Sabu, empat intervensi tambahan yang dinyatakan, selain memberi subsidi sebanyak RM950 per metrik tan Beras Putih Import kepada Sabah dan Sarawak, antaranya termasuklah pihak FAMA telah diarahkan untuk meningkatkan pengedaran BPT ke kawasan luar bandar termasuk ke kedai-kedai runcit.

“Oleh kerana margin jualan BPT hanya 50 sen bagi kampit 10kg, maka Kerajaan akan menyalurkan kos pengangkutan kepada pihak FAMA.

“Manakala intervensi ketiga, semua perolehan pembekalan beras putih di bawah kontrak Kerajaan akan menggunakan BPI dimana pembekal-pembekal boleh mendapatkan bekalan pada harga borong RM3,200 (harga pintu gudang) dan ianya tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

“intervensi tambahan keempat, hari ini Kerajaan akan melancarkan Ops Bersepadu Beras Putih Tempatan yang melibatkan Badan Kawal Selia Padi & Beras KPKM, Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS),” katanya.

Menurutnya, Ops Bersepadu ini akan diketuai oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foon Hin.

“Melalui Ops Bersepadu ini, kita akan membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas rantaian industri termasuk semua kilang-kilang beras dan stor-stor pemborong beras mulai esok. Sampel beras juga akan diambil di semua kilang beras, di gudang-gudang pemborong dan juga di pasaraya untuk dibuat analisis kimia.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa pihak Kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati menukar kampit atau mencampurkan BPT dengan BPI atau menyorokkan BPT,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat lelaki warga Sweden ditemui dalam kapal pelayaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular