HomeUtamaJerebu: Sekolah diminta patuhi garis panduan - Fadhlina

Jerebu: Sekolah diminta patuhi garis panduan – Fadhlina

Read Time:1 Minute, 30 Second

BERNAMA

Kuantan :  Pihak sekolah diminta mematuhi garis panduan yang disediakan berikutan beberapa kawasan di negara ini telah dilanda jerebu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata garis panduan itu antara lain menetapkan tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

“Kita memang dah ada garis panduan dan kekal dengan ia… malah kita sering tegaskan garis panduan ini terpakai untuk semua dan mesti dipatuhi untuk elak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Jumlah kawasan merekodkan bacaan Indeks IPU kategori tidak sihat pagi tadi meningkat kepada 16, merangkumi sembilan negeri dengan Cheras di ibu negara merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 164.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga akan mendapatkan nasihat dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup.

“Kita akan bergantung kepada nasihat KKM dari masa ke masa berkenaan cadangan untuk menutup (sekolah) atau pakai pelitup muka dan sebagainya,” katanya.

Semasa ditanya mengenai isu kekurangan guru, beliau berkata ia bersifat sementara dan pihaknya sentiasa melaksanakan unjuran bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan masalah itu dapat ditangani.

“Isu kekurangan guru adalah sementara dan kita baru selesai temu duga untuk pengambilan one-off selain sedang dalam proses pengambilan secara contract of service (COS) (kontrak perkhidmatan), ” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mendakwa sekolah di seluruh negara mengalami kekurangan lebih 20,000 guru dan perlu diselesaikan segera.

Sementara itu, menyentuh mengenai Program Mahrajan Al-Quran, Fadhlina berkata acara tahunan itu disertai 688 peserta dari sekolah rendah dan menengah yang mengambil bahagian dalam 16 acara yang dianjurkan.

Beliau berkata program itu antara lain bertujuan untuk membangunkan potensi dan sahsiah pelajar selain meningkatkan keupayaan serta keberanian mereka. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya