HomeUtamaProgram Wacana Madani, “MA63: Aspirasi 60 Tahun Sabah Dalam Malaysia", beri penjelasan...

Program Wacana Madani, “MA63: Aspirasi 60 Tahun Sabah Dalam Malaysia”, beri penjelasan isu Perjanjian Malaysia 1963

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Lebih 200 orang Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Sabah menghadiri Program Wacana Madani bersama Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-tugas Khas) bertajuk MA63: Aspirasi 60 Tahun Sabah Dalam Malaysia” berlangsung di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Program anjuran Majlis Keselamatan Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah dan Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri itu merupakan satu platform libat urus diantara Menteri bersama penjawat awam bagi memberi penjelasan berhubung isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ia juga sebagai wadah penyaluran maklumat yang tepat berhubung isu-isu yang dibangkitkan bagi memberi kefahaman kepada anggota perkhidmatan awam agar dapat berkongsi informasi yang berkaitan kepada kelompok
masyarakat di lapangan.

Sesuai dengan hasrat menyemarakkan semangat Hari Malaysia, wacana ini juga turut membincangkan berhubung peranan Kerajaan untuk menyelesaikan perihal berkaitan Sabah dalam Malaysia serta memurnikan persepsi yang berlegar dalam kalangan rakyat
khususnya di Negeri Sabah.

Program turut dihadiri Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin dan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Toisin Gantor.

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, Datuk Noor Alam Khan A Wahid Khan selaku penganjur turut berharap program ini dapat mencapai objektif keseluruhan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia dan memupuk sikap saling menghormati sesama rakyat dalam meraikan perbezaan demi memastikan keterangkuman semua, selaras nilai teras ketiga dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu Kesepaduan Nasional.

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular