HomeSukanSabah ungguli kejohanan tarik tali remaja Kebangsaan 2023

Sabah ungguli kejohanan tarik tali remaja Kebangsaan 2023

Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu : Sabah berjaya mengekalkan kejuaraan tarik tali remaja bawah 18 tahun peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama empat hari berakhir 17 September lalu di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Pasukan negeri di bawah bayu itu diwakili Kelab Bandau Warrior dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau Kota Marudu muncul juara dengan penuh bergaya selepas mengalahkan semua pasukan lain dengan ‘straight set’ di peringkat kumpulan, suku akhir , separuh akhir dan akhr.

Di peringkat suku akhir, Bandau Warrior mengalahkan pasukan SMK Cheras Kuala Lumpur dan kecemerlangan itu diteruskan di peringkat separuh akhir dengan menewaskan Ipoh Phanter, Perak.

Kemudian pasukan itu mengesahkan kejuaraan selepas menewaskan Kudus Volunteer (Johor) termasuk 25 pasukan lain menyertai kategori Remaja U18 dari seluruh negara.

Manakala untuk kategori bawah 23 tahun peringkat antarabangsa, Sabah yang diwakili Rhinos Sabah hanya mempu menduduki tempat ketiga selepas dikecewakan oleh pasukan Mammoth daripada Chinese Taipe dan kelab Helderbergh dari Afrika Selatan.

Dalam penentuan tempat ketiga, Rhinos Sabah menewaskan Kelab Ipoh Phanter dari Negeri Perak.  Dalam kategori ini Mammoth (Chinese Taipei) menjadi juara manakala Helderbergh (Afrika Selatan) meraih tempat kedua.

Untuk kategori Lelaki Senior Antarabangsa, Sabah yang diwakili oleh Kelab GeramBeat berjaya memberikan saingan membanggakan dengan mencapai tempat keempat selepas bertarung sengit dengan Kelab Mammoth A (Chinese Taipei).

Dalam kategori ini johan dimenangi oleh Kelab Mammoth B (Chinese Taipei) selepas diberi saingan sengit dari Pasukan VAT69 yang mewakili Malaysia di perlawanan akhir.

Kejohanan ini dianjurkan Persatuan Tarik Tali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, kementerian Pendidikan Malaysia dan beberapa agensi kerajaan lain.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Sabah (SATWA) Androd Sadian berkata, pihaknya amat berpuashati dan menganggap kunci kejayaan adalah persediaan awal daripada pihak kelab dan persatuan.

Beliau turut berterima kasih kepada SMK Bandau yang telah menerima cabaran untuk mewakili Negeri Sabah ke kejohanan tersebut. 

“Saya turut difahamkan, pengetua SMK Bandau Peter Semudin turut berbangga dengan pencapaian sekolah beliau dan bertekad untuk meneruskan kebitaraan dalam sukan tarik tali.

“Justeru saya menyeru semua persatuan daerah (PTTD) untuk mengaktifkan pencarian bakat baharu untuk membolehkan Sabah sentiasa memiliki atlet tarik tali yang boleh mengalas cabaran dalam kejohanan akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kim Swee kekal bersama Sabah FC sehingga akhir musim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya