HomeSukanEmpat juara dunia gusti lengan disambut meriah di KKIA

Empat juara dunia gusti lengan disambut meriah di KKIA

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Empat anak jati Sabah yang berjaya menjadi juara pada Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023 menerima sambutan kepulangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini semalam.

Kepulangan mereka bersama rakan-rakan atlet lain yang turut bertanding disambut meriah dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin serta ahli keluarga masing-masing.

Turut hadir menyambut ketibaan mereka Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan bersama-sama dengan Persatuan Gusti Lengan Sabah, sahabat handai dan peminat-peminat sukan Gusti Lengan tempatan.

Antara atlet gusti lengan Sabah yang berjaya merangkul gelaran juara dunia ialah Joffey Jolly (Senior Lelaki Tangan Kanan 70 Kg), Wayner Weew Oliver ( Bawah 18 Tahun Tangan Kanan 63 Kg), Junior Daniel Marcus ( Bawah 15 Tangan Kanan 70kg) dan Nathanael Evander Sooyon ( Bawah 15 Tahun Tangan Kiri 70 Kg).

Ellron ketika ditemui berkata, pihaknya amat berbangga dengan kejayaan dan pencapaian yang dicapai oleh anak-anak Sabah dalam kejohanan berprestij itu.

Katanya yang turut berharap agar Sukan Gusti Lengan ini dapat disebar luaskan lagi bukan sahaja di Sabah malah ke seluruh Malaysia.

Beliau juga mahu sukan itu dipertandingkan ke peringkat Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan SEA bagi mempopularkan lagi sukan ini.

Kejohanan ini  menyaksikan pasukan Malaysia berada di kedudukan kelima dengan pungutan pingat 10 emas lapan perak dan 12 gangsa dibelakang Amerika Syarikat, India, Poland dan Sweden.

Daripada 10 emas yang dirangkul oleh pasukan kebangsaan, atlet Sabah telah membolot empat emas selebihnya satu perak dan tiga gangsa.

Difahamkan kejohanan itu berlangsung selama tujuh hari berakhir semalam di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur menampilkan penyertaan sebanyak 31 buah negara dan 500 orang atlit seluruh dunia.

Seramai 14 orang atlet Gusti Lengan Sabah berada dalam skuad kebangsaan semasa kejohanan tersebut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kim Swee kekal bersama Sabah FC sehingga akhir musim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya