HomeIsu tempatan500 penduduk tonton wayang pacak

500 penduduk tonton wayang pacak

Read Time:47 Second

Semporna:  Filem ‘Cost Guard Malaysia: Ops Helang’ berjaya menarik minat kira-kira 500 penduduk dari Kampung Pokas dan sekitarnya untuk menonton wayang pacak.

Ia adalah sebahagian daripada pengisian Program Sahabat Maritim hasil kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) serta beberapa agensi lain di sini, baru-baru ini

Selain tayangan filem, penduduk dari Kampung Pokas, Kampung Parapat, Kampung Pekalangan dan Kampung Kuala Bibang itu turut menyaksikan pertandingan tarian Igal-igal dan kuiz.

Turut diadakan, penyerahan sumbangan barangan asas kepada 18 penerima terdiri daripada warga Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Pengarah APMM Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan APMM Malaysia  Mohd Norzam Mustapa, Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor, Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan APMM Datuk Barkhiya Shahiruddin dan Ketua Staf Bahagian Laut Esscom Laksamana Pertama Maritim Abd Razak Mohamed.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular