HomeUtamaESSCOM terus kukuh kerjasama dengan rakan strategik

ESSCOM terus kukuh kerjasama dengan rakan strategik

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) terus mengukuhkan kerjasama dengan rakan strategik untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Komander Eastern Command, Deputi Komisioner Victor Sanjos berkata, menerusi kaedah tersebut pihaknya berjaya mengawal Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) yang merangkumi 10 daerah bebas daripada jenayah rentas sempadan termasuk kes-kes penculikan.

“Setakat ini, tahap keselamatan di ESS Zone berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Kes penculikan yang terakhir direkodkan adalah pada 15 Januari 2020.

“Walaupun begitu, pasukan ESSCOM bersama-sama dengan rakan strategik akan terus merancang kaedah untuk memperkukuh dan mempertahankan ESS Zone agar kekal selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.

Victor berkata, kunjungan itu bertujuan untuk memperkenalkan diri kepada Tun Juhar sebagai Komander Eastern Command yang baharu menggantikan Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa 3 Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM Dr. Jamaluddin Mohd. Ali berkata, ESSCOM kini giat mengadakan program Semarak ESSCOM di sekitar kawasan ESS Zone.

Katanya, program itu adalah bertujuan untuk memberikan maklumat kepada masyarakat dan komuniti terhadap kepentingan peranan orang awam dalam menjaga keselamatan.

Turut hadir, Timbalan Komander Eastern Command, Brigadier Jeneral Ts Roslan Mat Saad yang juga Ketua Staf Bahagian Tadbir dan Logistik, Terry Henry, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Mohd Dzulhairul Shah Dzulkifli, Pengarah Bahagian Tindakan Awam dan Ab Rasil Hajatil, Pengarah Bahagian Khidmat Keurusetiaan ESSCOM.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya