HomeUtamaUMS perlu sentiasa dekat di hati masyarakat - Hajiji

UMS perlu sentiasa dekat di hati masyarakat – Hajiji

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu melihat Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa dekat di hati masyarakat melalui inisiatif universiti untuk masyarakat.

Katanya, inisiatif yang dirangka itu adalah bagi menggalakkan pemindahan ilmu berkualiti berasaskan kesarjanaan yang dijana di universiti awam kepada komuniti berkeperluan dengan bermatlamatkan kepada kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

“Peranan universiti dalam membantu masyarakat amatlah signifikan. Ahli akademik dan penyelidik, serta para pelajar perlu turun padang mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan seterusnya membantu memberi solusi yang sewajarnya”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ikrar dan Aku Janji sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2023/2024 Kali Ke-29 UMS di Dewan Canselor UMS di sini hari ini.

Hajiji yang juga Pro-Canselor UMS amat bangga dengan pencapaian semasa yang ditunjukkan oleh UMS.

Katanya, sejak kewujudannya, UMS telah membantu menjana transformasi pembangunan di negeri ini dan kini merupakan salah sebuah universiti terkemuka di negara ini yang sentiasa menjadi pusat rujukan terutamanya di Sabah.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan Majlis Perundingan Pelajar Sabah bagi memberi ruang bakal-bakal pemimpin untuk menyampaikan pandangan, idea dan aspirasi anak muda Sabah dalam memperkasakan peranan belia di negeri ini.

Selain itu katanya, penubuhan Sekretariat Mahasiswa Sabah (SEMESTA) yang menjadi badan penghubung untuk mendengar suara mahasiswa Sabah kepada Kerajaan Negeri serta menjadi badan perantara dalam menyampaikan informasi-informasi berkenaan dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri Sabah kepada mahasiswa Sabah.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor kerana dilantik semula sebagai Naib Canselor UMS.

Katanya, Dr. Kasim merupakan anak tempatan yang berpengalaman, lama berkhidmat dengan UMS dan merupakan antara ahli akademik asal Sabah yang terkenal di negara ini.

Hajiji juga berharap kehadiran pelajar baru ke UMS bakal menghasilkan kejayaan yang cemerlang serta sejarah kehidupan yang membanggakan sepanjang tempoh pengajian. – SABAH MEDIA/FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya