HomeUtamaKDN wartakan Perintah Larangan Penerbitan Buku “ When I Was A Kid...

KDN wartakan Perintah Larangan Penerbitan Buku “ When I Was A Kid 3”

Read Time:1 Minute, 25 Second

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan berbentuk buku bertajuk “When I Was A Kid 3” oleh Cheeming Boey melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 283 bertarikh 25 September 2023. 

Menerusi satu Kenyataan media, KDN berkata  Pewartaan Perintah Larangan itu  adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan tersebut adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

Jelas KDN lagi, hasil penerbitan  tersebut dikenakan tindakan Perintah Larangan kerana ianya merupakan hasil penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan moral, kepentingan awam, dan kepentingan Negara dengan menimbulkan kebimbangan dan kegelisahan dalam kalangan masyarakat” 

Tambahnya , Kerajaan ingin menyatakan komitmen yang berterusan dalam melaksanakan tindakan kawalselia penerbitan khususnya bagi mencegah penyebaran elemen, fahaman, dan gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan yang boleh mengancam keharmonian dan perpaduan nasional demi kesejahteraan bersama. 

Adalah diingatkan bahawa, berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar, atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

KDN sekali lagi ingin menyatakan komitmen dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap penerbitan bagi membanteras penyebaran elemen, fahaman, dan gerakan yang bercanggah

dengan sosiobudaya tempatan dari semasa ke semasa secara berterusan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 katanya. 

RELATED ARTICLES
Utama

Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular