HomeIsu tempatanKasih dan Kongsi : Kem Nutrisi Kanak-Kanak diperluas ke beberapa daerah miskin

Kasih dan Kongsi : Kem Nutrisi Kanak-Kanak diperluas ke beberapa daerah miskin

Read Time:1 Minute, 32 Second

Beluran : Program Kasih dan Kongsi : Kem Nutrisi Kanak-Kanak yang merupakan inisiatif Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) kembali dilaksanakan dan kini diperluaskan ke beberapa daerah miskin di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, program yang dimulakan pada 2021 itu kini telah memasuki fasa ketiga yang bertujuan memberi bantuan makanan yang mencukupi mengikut bilangan kanak-kanak dalam sesebuah isi rumah.

“Program ini bukan sahaja memberi bantuan makanan yang mencukupi mengikut bilangan kanak-kanak dalam sesebuah isi rumah tetapi juga makanan yang bernutrisi untuk menyokong perkembangan sihat kanak-kanak.

“Program ini diperluaskan ke daerah miskin seperti daerah Beluran, Telupid, Tongod, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Kudat dan Nabawan. Program ini akan memberi sumbangan pek makanan nutrisi kepada kanak-kanak dari keluarga B40 dan juga bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk mengadakan Kem Nutrisi Kanak-Kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Bulan Kebajikan 2023 serta Kasih dan Kongsi; Kem Nutrisi Kanak-Kanak di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Walter Kenson.

James berkata, pihaknya yakin program sedemikian akan dapat memberi pendedahan dan ilmu kepada kanak-kanak tempatan tentang kepentingan pemakanan sihat agar kanak-kanak dapat membesar dengan sihat, cergas, cerdik dan sejahtera.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, menghapuskan kekurangan zat makanan adalah salah satu penyelesaian yang paling kos efektif kepada kemiskinan. Kesan pembangunan, ekonomi, sosial dan perubatan daripada kekurangan zat makanan adalah serius dan berkekalan.

“Ia memberi kesan kepada individu serta keluarga, komuniti dan negara. Oleh yang demikian, pemakanan sihat dan seimbang untuk bayi dan kanak-kanak adalah salah satu cara terbaik untuk memerangi kemiskinan.

“Jalinan kerjasama dan perkongsian sumber dan tenaga daripada pelbagai pihak, antara sektor Kerajaan dan sektor swasta adalah amat penting dan diperlukan untuk meningkatkan impak dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPMKR

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya