HomeUtamaPolis Sabah terima lapan motosikal berkuasa tinggi dari Kerajaan Negeri

Polis Sabah terima lapan motosikal berkuasa tinggi dari Kerajaan Negeri

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Polis Sabah menerima lapan buah motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson yang bernilai RM1.076 juta dalam dua fasa disumbangkan oleh Kerajaan Negeri.

Hajiji menunggang motosikal berkuasa tinggi sambil diperhatikan
Safar Untong (kiri) dan Jauteh (kanan).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan empat buah motosikal di bawah fasa pertama kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, di perkarangan Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

Sementara itu, sambil mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri, Jauteh berkata, lapan buah motosikal yang disumbangkan akan digunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah untuk penugasan-penugasan khas.

“Kita akan memastikan kelapan-lapan motosikal ini akan digunakan untuk kegunaan maksimum dan memastikan keselamatan dan juga keadaan motosikal untuk tugas-tugas khas ini dapat berjalan dengan lancar, disamping itu penugasan penggunaan motosiakal ini juga akan bermula Jumaat minggu ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Motosikal Berkuasa Tinggi kepada Polis Diraja
Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah hari ini.

Sehubungan dengan itu Jauteh turut menjelaskan pihaknya memilih motosikal Harley Davidson kerana hanya jenama ini yang boleh didapati buat masa terdekat ini.

“Kita memilih Harley Davison kerana motosikal inilah kita boleh dapat pada masa yang terdekat untuk di negeri Sabah dan syarikat ini mampu membekalkan lapan buah motosikal berkuasa tinggi ini dalam masa yang singkat,” katanya.

Dalam pada itu, Jauteh juga turut memberitahu pihak PDRM Sabah memang ada kekurangan motosikal peronda berikutan pembangunan di negeri ini semakin meluas dan jalan raya semakin banyak.

“Ekoran daripada pembangunan negeri kita, kawasan kita makin luas, jalan raya kita makin banyak, keadaan motosikal kita yang ada sekarang tidak boleh menampung 100 peratus, namun masih boleh digerakkan untuk memastikan keadaan lalu lintas di negeri Sabah ini dapat kita tangani.

“Dalam masa yang sama kita masih mampu menggerakkan motosikal ini untuk kegunaan-kegunaan khas seperti escort atau pengiring walau bagaimanapun memang kita menghadapi kekurangan motosikal sekarang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya