HomeUtamaKPDN alu-alukan keputusan Shell tarik semula rancang tutup operasi stesen minyak di...

KPDN alu-alukan keputusan Shell tarik semula rancang tutup operasi stesen minyak di Sabah

Read Time:1 Minute, 19 Second

KUNDASANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengalu-alukan keputusan Shell Timur Sdn Bhd untuk menarik semula perancangan awal penutupan operasi stesen-stesen minyak mereka di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keputusan tersebut dimaklumkan kepada KPDN melalui sepucuk surat bertarikh 3 Oktober 2023.

Menurutnya, sebelum ini, pada 2 Jun 2023, Shell telah memaklumkan KPDN bahawa mereka terpaksa menutup 40 stesen minyak di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan dalam Fasa 1 bermula Januari 2024 dan 16 stesen minyak dalam Fasa 2 bermula Oktober 2024.

“Keputusan awal tersebut dibuat setelah mengambil kira peningkatan kos logistik yang amat tinggi.

“Perkara tersebut telah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan dan seterusnya mendapat perhatian Mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan,” kata Armizan dalam satu kenyataan hari ini.

Armizan berkata, bagaimanapun sekumpulan pengusaha-pengusaha stesyen minyak Shell di Pantai Timur Sabah telah menemuinya untuk memanjangkan memorandum rayuan mereka kepada kerajaan.

“Pada masa yang sama, sekumpulan pengusaha-pengusaha stesyen minyak Shell di Pantai Timur Sabah juga telah menemui saya dan memohon memanjangkan
memorandum rayuan mereka kepada Kerajaan. Sementara itu, Ketua Menteri Sabah juga pernah membangkitkan isu ini secara rasmi kepada Perdana Menteri,” ujarnya.

Menurutnya, keputusan terkini Shell ini dapat memastikan kelancaran dan keterjaminan bekalan minyak petrol dan diesel bagi para penduduk di Malaysia Timur.

“Shell juga memberikan komitmen untuk terus terlibat membekalkan produk bekalan api berkualiti tinggi di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan. Ini termasuk menawarkan perkhidmatan pilihan peruncitan bukan bahan api seperti Select Shop dan Deli-To-Go di stesen-stesen runcit mereka,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

RM7 juta disediakan untuk fasa pertama naiktaraf 38 Tamu Desa di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular