HomeUtamaVietnam Eksport Beras Ke Malaysia Dengan Harga Berpatutan Kata Mat Sabu

Vietnam Eksport Beras Ke Malaysia Dengan Harga Berpatutan Kata Mat Sabu

Read Time:56 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Vietnam telah menyatakan kesediaan negara itu untuk terus mengeksport beras ke Malaysia.

“Mereka bersedia meneruskan eksport beras ke Malaysia mengikut harga yang dirundingkan, ertinya harga berpatutan di Malaysia, kalau (kita) memerlukan penambahan import beras dari Vietnam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mesyuarat dua hala dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam Nguyen Quoc Tri di sini hari ini sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45.

Malaysia merupakan tuan rumah AMAF ke-45 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Okt dalam usaha memperkukuh kedudukan ASEAN sebagai ‘bakul makanan dunia’ selain memacu kerjasama lebih erat antara negara anggota bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini.

Turut menghadiri AMAF ke-45 ialah Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura Grace Fu serta Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Mohamad berkata pertemuan dengan Fu pula menyaksikan perbincangan mengenai peningkatan perdagangan dalam bidang pertanian di antara Malaysia dan Singapura manakala Kao memberi pandangan bahawa kerjasama ASEAN dengan negara seperti China dan India perlu dipertingkat bagi mendepani isu keterjaminan makanan. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan bakal perkenal kaedah Penjawat Awam lembap,malas tidak dapat kenaikan gaji...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya