HomeUtamaRakyat Sabah diminta kekalkan keharmonian

Rakyat Sabah diminta kekalkan keharmonian

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama perlu bersama-sama mengekalkan keamanan dan keharmonian negeri Sabah seperti
yang dihasratkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ini bagi memastikan rakyat dapat terus hidup selesa dan makmur lebih-lebih dalam usaha untuk terus membangunkan negeri ini.

“Kepelbagaian suku kaum, etnik, agama dan budaya di negeri ini adalah lambang keharmonian dan keunikan yang amat bernilai. Ia bukan sahaja menjadikan negeri ini unik dalam aspek keharmonian dan perpaduan, tetapi ia adalah khazanah yang perlu dikekalkan untuk generasi akan datang.

“Saya berharap suasana ini sentiasa kita jaga dan pertahankan dengan cara menjaga perpaduan dan saling hormat menghormati demi kesejahteraan hidup seluruh rakyat Sabah,” katanya pada Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah, pada Sabtu.

Hajiji juga mahu kerjasama semua barisan kepimpinan negeri agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas dan jujur, taat dan setia, berdedikasi dan berintegriti.

“Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat hendaklah digalas dengan sepenuh hati agar agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) mampu kita capai bersama dengan penuh kecemerlangan.

“Dalam masa sama, Kerajaan Negeri juga akan berusaha menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur kepada rakyat terutamanya golongan belia seperti latihan dan kursus bagi mempelajari dan meneroka kemahiran baharu sehingga mampu menjana pendapatan bagi membantu ekonomi keluarga,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Perbezaan, kepelbagaian budaya tidak halang rakyat tingkat semangat perpaduan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya