HomeUtamaSerah pada DAP, isu terima penganugerahan pingat - Chan

Serah pada DAP, isu terima penganugerahan pingat – Chan

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengenai penerimaan anugerah pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

“Untuk penganugerahan gelaran Datuk pagi ini, saya memang menyedari sepenuhnya tentang polisi parti yang tidak berubah sejak 2018 tentang ahli DAP melibatkan penganugerahan pingat.

“Mengikut polisi semasa parti, bersara dari parti barulah boleh menerima penganugerahan pingat, tapi saya terima panggilan telefon daripada kerajaan negeri pada Khamis lalu, kita maklumkan datang raptai semalam dan penganugerahan hari ini,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu penganugerahan pingat kebesaran yang diterimanya itu bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah.

Chan berkata, penganugerahan itu adalah sesuatu yang sukar ditolak kerana beliau adalah rakyat tempatan Sabah.

“Sesuatu yang sukar untuk saya menolaknya, sebab saya adalah Sabahan dan pingat itu diberikan oleh kerajaan Sabah, sekarang segala keputusan saya serahkan diri kepada partilah untuk isu ini,” jelasnya.

Turut menerima darjah kebesaran sama selain Chan, seorang lagi pemimpin DAP iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Terdahulu, seramai 88 orang individu menerima darjah kebesaran kedua tertinggi Sabah berkenaan.

Antara penerima lain ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya