HomeUtamaHasrat kerajaan jadikan Sabah, Sarawak jelapang padi negara - Chan

Hasrat kerajaan jadikan Sabah, Sarawak jelapang padi negara – Chan

Read Time:2 Minute, 29 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menyatakan beliau sedang mengenal pasti 50 ribu hektar untuk kawasan penanaman padi sawah di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri KPKM Datuk Chan Foong Hin berkata, kementeriannya menyambut baik tentang cadangan tersebut.

“Ini adalah cadangan yang baik, Menteri KPKM Datuk Seri Mohamad Sabu, beliau sendiri mengatakan bahawa adalah baiknya kalau Sabah, Sarawak juga berkembang sebagai negeri jelapang padi untuk Malaysia juga kerana sekarang sangat tertumpu di kawasan utara Semenanjung,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tinjauan lapangan harga beras putih import (BPI) terkini di sekitar Kota Kinabalu.

Menurut Chan, sebenarnya Sabah dan Sarawak memainkan peranan penting dalam konteks pengeluaran produk negara.

“Sabah dan Sarawak sebenarnya memainkan peranan penting apabila kita lihat dalam konteks negara, Sabah dan Sarawak cuma memainkan tiga peratus atau empat peratus sebahagian dari pengeluaran negara. Ini adalah sangat-sangat rendah.

“Jadi sudah tentu kita melalui penglibatan bersama pihak
Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan yang diketuai Datuk Seri Jeffery Kitingan baru-baru ini, saya bertemu beliau di persidangan ASEAN Ministers on Agriculture and Forestry (AMAF) di mana kedua-dua kementerian ini memang berhasrat untuk membuat program pembangunan bersama untuk mewujudkan jelapang padi di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sehubungan itu, menurutnya, pihak kementeriannya memang sudah lama membincangkan untuk langkah-langkah meningkatkan pengeluaran beras di Sabah.

“Langkah meningkatkan pengeluaran beras Sabah dan Sarawak ini sudah lama kita bincang, kita telah mengadakan program Kawasan Pertanian Pembangunan Bersepadu (IADA) di Kota Belud, di mana saya melihat dua tahun kebelakangan ini ada sedikit kemajuan, Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang menyertai program ini merupakan perintis untuk Smart SBB itu, kamu akan lihat hasilnya telah meningkat dua kali ganda.

“Jadi ini antara langkah kita ambil walaupun Smart SBB, ia satu program di mana kita galakkan syarikat besar keluarkan modal untuk memberikan jentera, jentuai dan selepas tu pihak pesawah kena ikut cara yg disyorkan oleh mereka untuk bagaimana menanam padi dan juga menuai padi itu antara syaratnya tapi tanpa melibatkan sebarang perjanjian,”

“Justeru pesawah tidak akan bimbang keuntungan akan ditekan harga oleh syarkat tersebut dan melalui kaedah itu kita menggalakkan, cuma program Smart SBB itu belum dijalankan secara besar-besaran di Sabah ini,” jelasnya.

Mengulas mengenai tinjauan harag beras BPI hari ini, Chan berkata, susulan kerajaan mengambil langkah memberi subsidi BPI kepada Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 5 Oktober lalu memandangkan pengeluaran BPT di Sabah dan Sarawak adalah terhad dan permintaan BPI yang tinggi di sini.

“Lantaran itu, pemberian subsidi ini bertujuan bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat akses kepada bekalan beras yang mencukupi dengan harga yang stabil dan terkawal.

“Pihak pemborong di Sabah seperti Sazarice Sdn. Bhd. telah bersetuju supaya BPI yang telah dibeli oleh pasaran runcit dan pasar raya sebelum 5 Oktober 2023 dijual pada harga baharu yang telah ditetapkan. Perbezaan kos akan ditanggung oleh pihak pemborong berkenaan,” ujarnya.

Hadir sama semasa tinjauan itu, Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Negeri Sabah, Ab Alim Multazam.

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya