HomeUtamaIndividu rakam beras plastik tampil mohon maaf

Individu rakam beras plastik tampil mohon maaf

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Individu yang disyaki menyebarkan video berhubung dakwaan beras plastik di Sandakan semalam, hari ini tampil memohon maaf atas perbuatan yang dilakukannya.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin, menerusi catatan di laman Facebook rasminya, hari ini.

Katanya, lelaki terbabit datang ke pejabat syarikat pemborong beras yang didakwa menjual beras plastik terbabit dan mengakui dakwaan berkenaan tidak benar.

“Susulan siasatan dakwaan beras plastik dilakukan semalam, saya difahamkan seorang individu yang dipercayai adalah perakam video tular berkenaan telah menampilkan diri ke Syarikat Sazarice Sdn Bhd di Sandakan pada pagi ini.

“Saya dimaklumkan bahawa individu itu telah mengakui bahawa dakwaan beras plastik adalah tidak berasas dan jenama beras yang dituduh sebenarnya adalah beras tulen.

“Saya juga telah menonton sebuah video di mana individu itu memohon maaf kepada Syarikat Sazarice dan pihak-pihak yang terjejas,” katanya.

Katanya, syarikat berkenaan menerima permohonan maaf individu terbabit dan memberi amaran agar tidak mengulangi perbuatan berkenaan atau menyebarkan dakwaan tidak berasas yang boleh meninbulkan kegusaran orang awam.

Foong Hin turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu.

Dalam kenyataannya semalam, Foong Hin, berkata kementeriannya memandang serius dakwaan beras plastik itu dan mengarahkan Kawal Selia Padi Dan Beras (KPB) melakukan siasatan lapangan.

Katanya, KPB mengambil sampel beras yang didakwa ‘plastik’ di premis peruncit dan pembekal sebelum dihantar ke Jabatan Kimia bagi untuk dianalisa.

Beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kegusaran orang awam terhadap isu keselamatan makanan negara terutama beras.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular