HomeIsu tempatanProgram cakna sihat berjaya kutip 266 beg darah

Program cakna sihat berjaya kutip 266 beg darah

Read Time:1 Minute, 24 Second

Beaufort : Sebanyak 266 beg darah berjaya dikutip pada Program Cakna Sihat dan Derma Darah Persatuan Hainan Beaufort (Youth Section) yang diadakan di gelanggang bola keranjang Tadika Kung Ming Beaufort di sini, baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Hainan Beaufort, Foo Ket Chu berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan dari masyarakat di daerah ini termasuk dari beberapa daerah lain seperti Kuala Penyu dan Sipitang

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada 28 penderma darah baharu, yang memulakan langkah mereka sebagai penderma darah, dan berharap mereka menjadi penderma darah yang konsisten setiap tahun.

“Beberapa aktiviti yang memberi informasi kesihatan kepada pengunjung turut diadakan malah pengunjung sendiri boleh menguji status kesihatan masing-masing pada pameran interaktif yang diadakan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di Daerah Beaufort,” katanya.

Persatuan Hainan Beaufort ditubuhkan sejak 1959 yang mempunyai keahlian seramai 100 orang merupakan antara badan bukan kerajaan di daerah Beaufort yang kerap mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan program khidmat sosial.

Namun aktiviti seumpama itu terhenti seketika ketika negara dilanda pandemik dan hanya program skala kecil yang diadakan.

Antara aktiviti yang diadakan ialah, pemeriksaan gigi percuma dan cabut gigi percuma untuk warganegara oleh Klinik Pergigian Daerah, inisiatif saringan kesihatan kebangsaan dan pameran pemakanan sihat oleh  Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort, saringan indeks berat badan unggul (bmi) dan ujian cergaskah anda? serta klinik berhenti merokok dan kempen pengikrar penderma organ oleh Hospital Beaufort.

Persatuan ini turut mendapat kerjasama dari Tabung Darah, Hospital Beaufort, Hospital Kuala Penyu dan Hospital Papar dalam melaksanakan aktiviti derma darah.

Sementara itu, Foo Ket Chu berkata, kutipan darah kali ini diharap dapat membantu pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan di ketiga-tiga buah hospital yang difahamkan juga untuk merawat pesakit-pesakit Thalasemia.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya