HomeIsu tempatanUSIA sedia bangunkan sumber manusia melalui TVET

USIA sedia bangunkan sumber manusia melalui TVET

Read Time:1 Minute, 17 Second

Papar:  Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sedia membangunkan sumber manusia melalui Pendidikan dan Latihan teknikal dan Vokasional (TVET).

Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad berkata pihaknya akan terus menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam membantu masyarakat.

“USIA menerusi pusat latihan dakwah yang digabungjalinkan menjadi TVET memberikan manfaat dan membantu usaha kerajaan melalui membangun sumber manusia sekaligus dapat meletakkan kekuatan kepada anak muda kita, khususnya lepasan tahfiz agama ini berada dalam asas dan landasannya untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

“Sebagai NGO yang meletakkan asas dan dasar mendokong dasar kerajaan semasa, kita sentiasa mendokong usaha kerajaan yang mendatangkan manfaat kepada rakyat. Ini termasuklah usaha yang bukan sekadar dalam kalangan umat Islam tetapi masyarakat secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Kembara Maulidur Rasul Sentuhan Kasih USIAdan Jelajah Tahsin Ibadah yang bermula di Sipitang dan berakhir di Papar.

Sapawi berkata, apabila USIA diberi mandat untuk menggerakkan Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya (SMJ), pihaknya telah menggerakkan seluruh peringkat zon bahagian di Sabah.

Katanya, dalam masa yang sama pihaknya berusaha untuk memastikan usaha-usaha yang mempunyai manfaat besar jangka panjang dalam bidang ekonomi pendidikan dilakukan oleh USIA.

Program anjuran USIA bersama beberapa agensi kerajaan itu bertujuan menyantuni para asnaf di daerah Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Membakut dan Papar dengan sumbangan berbentuk wang tunai dan bahan makanan asas.

Terdahulu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam telah hadir merasmikan program yang diadakan di Dewan Mengaris Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tan Sri Musa Aman.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

QSB terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular