HomeUtamaAlesyah Asa terima Anugerah Ikon TVET Sabah 2023

Alesyah Asa terima Anugerah Ikon TVET Sabah 2023

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Alesyah Asa, alumni Kolej Vokasional Keningau yang kini bertugas sebagai pembantu penyelia di salah sebuah syarikat pembinaan di Sabah, telah dipilih sebagai penerima anugerah Ikon TVET Sabah sempena persidangan International Sabah TVET Symposium.

Persidangan selama dua hari itu bermula pada 10 hingga 11 Oktober 2023 bertempat di Magellan Sutera Resort di sini.

Simposium tersebut adalah anjuran beberapa institusi iaitu North Borneo University College (NBUC), Institute Development Studies (IDS) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Alesyah menerima plak, sijil dan wang berjumlah RM5,000. Beliau juga merupakan salah seorang pembicara forum yang berlangsung di simposium itu.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin Akup berkata, beliau berasa sangat gembira dengan penghargaan tersebut yang diberikan kepada alumni kolej itu yang telah pun menempa kerjaya dalam bidang pembinaan selari dengan program yang dipelajarinya di institusi itu.

“Pemilihan Alesyah sebagai penerima anugerah itu membuktikan kemenjadian graduasi TVET di negeri ini.

“Alesyah dipilih sebagai penerima anugerah itu atas pencapaiannya di peringkat tempatan dan global dalam bidang inovasi dan STEM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Alesyah juga merupakan pelajar Malaysia pertama berjaya menjadi 10 finalis terbaik Global Student Prize iaitu anugerah pelajar paling berprestij di dunia pada tahun 2022.

“Selain itu, Alesyah juga pernah mengetuai pasukan sekolahnya yang berjaya memenangi hackathon anjuran UNESCO pada tahun 2020 dalam kategori inovasi komuniti.

“Pada tahun yang sama, pasukan mereka berjaya memenangi geran STEM dari The Awesome Foundation yang berpusat di Amerika Syarikat,” katanya.

Tambah Nordin, Alesyah bersama pasukannya juga pernah membentang projek inovasi teknologi pembinaan mereka di beberapa persidangan dan pertandingan inovasi.

“Atas pencapaian-pencapaian ini, beliau telah dianugerahkan dengan bintang kebesaran Bintang Kinabalu (B.K) dari Yang di-Pertua Negeri Sabah iaitu Tun Juhar Mahiruddin pada hujung tahun 2022. Selain telah dipilih sebagai penerima Anugerah Emas Menteri Pendidikan dari Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek semasa majlis graduasi pelajar Kolej Vokasional pada awal tahun 2023.

“Malah, dia telah dijulang sebagai ikon belia apabila turut diberi pengiktirafan oleh Jabatan Belia & Sukan negeri Sabah pada tahun 2022,” ujarnya.

Sementara itu, Alesyah berasa sangat terharu dengan anugerah itu kerana ianya mampu meningkatkan lagi persepsi orang awam terhadap pendidikan vokasional yang semakin signifikan di era ekonomi yang cepat berubah.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya