HomeUtamaIsu SFI: G57 cabar Shafie Apdal saman Tengku Fuad

Isu SFI: G57 cabar Shafie Apdal saman Tengku Fuad

Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar mencabar Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal mengenakan tindakan saman terhadap peguam bela bagi bekas Ketua Menteri Sabah, Tengku Fuad Tengku Ahmad sekiranya kenyataan mengenai isu pekerja Sabah Forest Industries (SFI) itu tidak benar.

Zulkarnain mengulas mengenai satu laporan berita yang disiarkan sebulan lalu menerusi beberapa portal mengenai Tengku Fuad menuduh Parti Warisan sengaja sabotaj usaha hidupkan semula SFI.

Menurut Zulkarnain, Tengku Fuad telah membuat kenyataan terbuka mengenai punca sebenar isu SFI dan menyebabkan bekas pekerja di industri tersebut hidup dalam penderitaan.

“Isu SFI ini bukan kecil, lebih 600 keluarga menderita masih tinggal dalam kuarters SFI tanpa bergaji dan tiada bekalan elektrik.

“Sekiranya Shafie tidak bersalah dalam hal ini, saya cabar Shafie saman Tengku Fuad yang mendedahkan kenyataan terbuka kerajaan Parti Warisanlah yang menyebabkan kilang SFI ditutup dan hidup penduduk di kuarters SFI mengalami kesengsaraan tanpa gaji dan tiada bekalan elektrik,” tegas Zulkarnain pada sidang media di sini, hari ini.

Pada sidang media itu juga, Zulkarnain turut menjelaskan, semalam, dua laporan polis telah dibuat di Balai Sri Petaling, Kuala Lumpur iaitu berkenaan dengan satu laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook yang memfitnah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tentang isu tanah dan kedua, laporan polis mengenai Shafie sabotaj kerajaan negeri berkenaan isu SFI.

“Dua laporan ini adalah berbeza, tidak ada kena mengena dengan memfitnah dia (Shafie) hanya berkenaan kenyataan Tengku Fuad mengenai Shafie sabotaj kerajaan negeri isu SFI, itu sahaja, kalau dia nak saman, saya cabar dia saman Tengku Fuad yang membuat kenyataan itu,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan kumpulan peguam pihak G57 sedang mengkaji isu SFI dan akan mengenakan saman terhadap Shafie Apdal.

“Untuk makluman, kumpulan peguam kita sedang mengkaji dan kita akan cuba untuk bekerjasama dengan bekas-bekas pekerja SFI untuk saman Shafie Apdal.

“Kami juga ingin memberitahu kepada penduduk SFI, punca SFI ini ditutup bukan berpunca dari kerajaan Barisan Nasional ataupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi berpunca dari kerajaan Parti Warisan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut merayu kerajaan negeri sekarang untuk menghulurkan bantuan terhadap penduduk yang masih tinggal di kuarters SFI mengurangkan beban mereka dengan bantuan peruntukan membayar bil elektrik di perumahan mereka.

“Kita berharap kerajaan sekarang prihatin dan ambil tindakan serius dengan masalah terputus bekalan elektrik di kuarters SFI, saya difahamkan penduduk SFI sanggup membayar 85 peratus dari jumlah bil elektrik yang tertunggak.

“Kalau boleh ada pihak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang prihatin turut hulurkanlah bantuan kepada penduduk di SFI ini untuk membayar bil elektrik,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya