HomeUtamaWujudkan Skim KWSP petani, bantu peroleh simpanan hari tua

Wujudkan Skim KWSP petani, bantu peroleh simpanan hari tua

Read Time:1 Minute, 52 Second

Kuala Lumpur : Kerajaan disaran untuk mewujudkan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pesawah yang terlibat secara langsung dalam industri berkaitan keterjaminan makanan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh berkata, skim itu   boleh dilaksanakan mengikut kaedah atau formula kerajaan dan dibuat berdasarkan hasil per tan padi yang dihantar ke kilang oleh peladang pada setiap musim.

Katanya, langkah itu, boleh menjadi salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan peladang memperoleh simpanan hari tua.

“Jika peladang menyumbang RM5 per tan dan hasil yang diperoleh adalah sebanyak 10 tan yang dihantar ke kilang maka sumbangan peladang untuk KWSP adalah RM5 darab 10 tan bersamaan RM50.

“Dari jumlah itu jika kerajaan menyumbang RM6 per tan peladang akan mendapat jumlah sumbangan sebanyak RM60 per tan …. jadi setiap musim simpanan KWSP peladang dah ada RM110,” katanya ketika ditemui.

Ismail berkata, beliau sendiri sedang memperhalusi cadangan itu kerana membabitkan lebih 57,635 peladang di bawah seliaan MADA yang mengusahakan kawasan pertanian seluas 130,282 hektar.

Beliau berkata, skim KWSP peladang ini juga mampu memberi galakan kepada mereka untuk meningkatkan hasil pertanian kerana mereka mahu mendapatkan insentif yang disediakan kerajaan.

“Kita sedang memikirkan skim ini kerana bagi kita ia sangat penting untuk masa depan petani. Kebanyakan petani apabila sudah meningkat usia mereka tiada apa apa skim yang boleh memberi sedikit jaminan kepada kehidupan mereka sedangkan mereka membanting tulang untuk memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi.

“Bagi skim KWSP untuk petani ini, ia wajar untuk dilaksanakan sebagai salah satu cara yang saya fikir sangat baik. Kita sentiasa memikirkan isu semasa, bila tercetusnya satu satu isu banyak pihak akan beri perhatian dan macam macam perkara akan dibangkitkan, saya rasa sudah sampai masanya kita laksanakan skim ini,” katanya.

Kerajaan sebelum ini menaikkan subsidi belian padi daripada RM360 kepada RM500 namun pihak kilang mengambil langkah menurunkan kadar belian kepada RM1,250 berbanding harga belian sekitar RM1,700 bagi setiap metrik tan sebelum itu.

Kerajaan menetapkan harga lantai belian padi pada kadar RM1,200 per tan metrik.

Tambah mengusutkan keadaan apabila harga jualan benih pula didapati meningkat dari sekitar RM35 bagi setiap guni 20 kilogram kepada RM50 ke RM52 bagi setiap guni.

Bagaimanapun harga belian benih padi dilaporkan kembali normal pada kadar RM35 seguni pada masa ini. FOTO MEDIA SOSIAL

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi terhadap peniaga Pakistan naikkan harga barang jualan – James

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular