Kota Kinabalu : Lebih 1,000 pengunjung terdiri dari ibu bapa, guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru 1 di sini hadir memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-41 semalam.
Kejohanan yang berlangsung di Stadium Likas itu disempurnakan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu Nordin Insan.
Antara acara akhir dipertandingkan 100 meter lelaki dan perempuan; 4 x 100 meter lelaki dan perempuan; acara perbarisan dan beberapa acara lain turut dipertandingkan.
Kejohanan olahraga yang diadakan itu adalah bagi memberi peluang murid-murid menyertai serta mempamerkan bakat serta kebolehan dalam bidang sukan olahraga (balapan dan padang), permainan dan sukaneka.
Acara yang diadakan juga adalah satu cara menyemai minat bersukan di kalangan murid-murid.
Guru besar SK Tanjung Aru 1 Maklin Daud berkata, kejohanan yang diadakan itu merupakan satu agenda besar dalam kalendar sekolah.
“Kepada semua murid yang terserah kecemerlangannya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggu bagi mewakili daerah, negeri dan negara.
“Para ibu bapa juga diharap dapat terus memberikan sokongan kepada anak-anak untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan dalam bidang kokurikulum akan membanti pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis itu dan turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tanjung Aru 1 Idzwan Rafaie.