HomeUtamaJaringan talian penghantar elektrik di Selatan Sabah bantu selesai isu bekalan elektrik

Jaringan talian penghantar elektrik di Selatan Sabah bantu selesai isu bekalan elektrik

Read Time:2 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Sokongan Kerajaan Persekutuan kepada pelaksanaan penjanaan tenaga secara solar hibrid serta pembinaan jaringan talian penghantar elektrik di selatan Sabah menerusi Belanjawan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam amat dialu-alukan.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Faisyal Yusuf Hamdain Diego berkata, selain itu pihaknya turut mengalu-alukan penambahan peruntukan pembangunan kepada Sabah sebanyak RM6.6 bilion

“Sudah tentu kita mengalu-alukan penambahan peruntukan dari RM6.5 bilion kepada RM6.6 bilion. Walaupun meningkat dalam RM100 juta namun kita (Sabah) turut menerima beberapa peruntukan lain khususnya kepada peruntukan bekalan air.

“Namun bagi saya apa yang penting apabila Kerajaan turut memperuntukan bajet untuk pembinaan jaringan talian penghantar elektrik di selatan Sabah bagi memastikan kestabilan dan dapat mengurangkan gangguan bekalan elektrik yang menelan belanja dianggarkan RM1.5 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat tahunan bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api di sini hari ini.

Faisyal berkata, jaringan talian penghantar elektrik di selatan Sabah itu juga dijangka akan dapat membantu menyelesaikan isu bekalan elektrik di negeri ini.

“Tidak kira berapa banyak Stesen Janakuasa Bebas (IPP) dibina, tetapi jika tiada grid untuk pautan di selatan Sabah sudah tentu ianya tidak berguna. Justeru saya fikir pengumuman itu tepat pada masanya kerana ia akan melengkapkan keseluruhan gelung dan menstabilkan bekalan elektrik di Sabah.

“Saya sentiasa lantang tentang bagaimana Sabah memerlukan bekalan air dan elektrik secara konsisten dan jalan berkualiti untuk membangun dan menampung pelabur, jadi saya fikir hubungan Selatan akan baik untuk negeri ini. Saya secara peribadi cukup gembira dengan pengumuman itu,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan pembangunan bagi negeri Sabah pada tahun hadapan meningkat kepada RM6.6 bilion berbanding RM6.5 bilion tahun ini.

Katanya, ia merupakan antara kesepakatan yang dicapai pemimpin terdahulu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat direalisasikan

Katanya, peruntukan pembangunan bagi negeri Sarawak turut meningkat kepada RM5.8 bilion berbanding RM5.6 bilion pada tahun ini.

“Bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan, Kerajaan Persekutuan juga telah menurunkan kuasa pelaksanaan projek pembangunan di bawah nilai RM 50 juta kepada agensi teknikal Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan Perpaduan juga telah meningkatkan kadar Pemberian Khas interim untuk Sarawak dan Sabah kepada RM 300 juta berbanding RM16 juta bagi Sarawak dan RM125.6 juta bagi Sabah sebelum ini.

“Kali terakhir kajian semula Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah dibuat masing-masing pada 1969 dan 2022,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat semalam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular