HomeSukanLebih 350 murid STAR1 jayakan rentas desa sempena HSN 2023

Lebih 350 murid STAR1 jayakan rentas desa sempena HSN 2023

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Kejohanan merentas desa Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru 1 (STAR1) di sini berjaya menerima penyertaan memberangsangkan apabila lebih 350 murid menyertai kejohanan tersebut.

Kejohanan yang diadakan sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 itu disempurnakan Guru Besar SK Tanjung Aru 1 Maklin Daud.

Kesemua peserta yang terlibat terdiri daripada murid tahun empat sehingga enam selain turut disertai oleh ibu bapa dan guru.

Maklin berkata, penyertaan kejohanan itu dilihat sangat memuaskan meskipun ianya dibuat pada skala kecil yang sebelum ini tidak dilaksanakan berikutan pandemik COVID-19.

“Ini menunjukkan semangat kesukanan yang adil dan sihat dalam kalangan murid.  Saya juga turut berbangga dan berbesar hati kepada semua murid dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti sekolah.

“Acara seumpama ini merupakan salah satu wadah menambah keharmonian sesama murid melalui kejohanan sukan merentas desa selain dapat menyatupadukan semangat kesukanan antara ibu bapa, murid dan juga guru sekolah,” katanya.

Terdahulu, larian sejauh empat kilometer itu dilepaskan seawal jam 7.30 pagi dan melalui beberapa laluan sekitar Tanjung Aru.

Maklin menyampaikan medal kepada pemenang

Antara laluan yang dilalui para peserta adalah bermula di SK Tanjung Aru; Lorong Cermin; Jalan Mat Salleh; Jalan Selangor; Jalan Kedah; Lorong Selidai; Jalan Lapangan Terbang Terminal 2; Lorong Putian sebelum berakhir di SK Tanjung Aru 1. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular