HomeUtama105 pelajar asnaf, B40 di Tuaran terima bantuan pengajian

105 pelajar asnaf, B40 di Tuaran terima bantuan pengajian

Read Time:1 Minute, 48 Second

TUARAN: Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.170 Tuaran dan Kelab Masyarakat Prihatin Sabah telah memberikan bantuan awal pengajian kepada pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.

Melihat kepada situasi ini, YBR mengambil inisiatif menyalurkan bantuan kepada 105 pelajar dikalangan B40 di dalam satu majlis penyerahan, di sini, hari ini.

Objektif bantuan ini adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada penerima yang layak sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan pengajian yang diperlukan untuk meneruskan pengajian melibatkan kumpulan pelajar dari kalangan asnaf dan keluarga B40.

Majlis Perasmian Bantuan Awal Pengajian YBR telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen P170 Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau di Dewan jubli Emas, Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang dan Ketua Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin.

Sementara itu, Madius berkata, beliau amat terharu dan berterima kasih di atas bantuan yang diberikan oleh YBR dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik khususnya kepada pelajar di Tuaran untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik serta secara tidak langsung meningkatkan sosio ekonomi mereka.

“Saya berharap usaha ini dapat diteruskan kerana masih ramai yang memerlukan bantuan sebagai persediaan dalam memulakan atau menyambung pengajian sedia ada serta dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh keluarga di kawasan luar bandar.

Dalam majlis sama, Philip berkata, bantuan tunai yang diberikan inisiatif bagi mengurangi bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat daripada kemelesetan ekonomi terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Bagi meneruskan usaha dalam menyediakan pelajar-pelajar dan golongan muda akses yang pendidikan berkualiti, inisiatif ini diharap dapat membantu lebih ramai lagi pelajar-pelajar di luar sana untuk meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tertinggi dan seterusnya menjadi insan harapan dalam mengharumkan nama negara di persada dunia,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang penerima, Nur Adila Awang Tahir @ Julailan, 20, berkata, bantuan ini sangat bermakna untuk beliau memulakan semester yang baru sahaja bermula di mana kelengkapan yang diperlukan dapat diuruskan tanpa perlu menyusahkan keluarga.

Selain itu, Aliyah Allisyah Azmin, 20, pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut berkata, bantuan sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membeli buku rujukan bagi subjek yang diduduki untuk awal semester ini.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular