HomeUtamaKes Pemerdagangan Manusia: Tujuh mangsa wanita warga Filipina diselamatkan

Kes Pemerdagangan Manusia: Tujuh mangsa wanita warga Filipina diselamatkan

Read Time:1 Minute, 11 Second

LABUAN: Polis berjaya menyelamatkan tujuh wanita warga Filipina dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa bekerja di sebuah premis hiburan di sekitar bandar Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Polis Daerah W.P. Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata, pihak polis telah menerima aduan kejadian pemerdagangan manusia melibatkan dua wanita warganegara Filipina di sebuah hotel di W.P. Labuan pada 13 Okt lalu.

Katanya, maklumat awal telah diterima daripada pihak Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur yang menerima panggilan daripada mangsa memohon untuk diselamatkan.

“Kedua-dua mangsa menghubungi pihak kedutaan setelah melarikan diri daripada tempat penginapan mereka.

“Tindakan pihak Polis melalui OP Pintas, telah berjaya menyelamatkan keseluruhan tujuh orang wanita warganegara Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa bekerja di sebuah premis hiburan dalam kawasan bandar WP Labuan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mohd Hamizi berkata, dua orang masing-masing seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warganegara Filipina turut ditangkap untuk membantu
siasatan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa berumur
lingkungan 25 hingga 33 tahun bekerja sebagai pelayan di premis
hiburan berkenaan.

“Permohonan perintah reman ke atas dua tangkapan dari Mahkamah
Majistret W.P. Labuan telah dibenarkan selama enam hari bermula 15 Oktober 2023 hingga 20 Oktober 2023 dan siasatan masih diteruskan.

“Justeru pihak Polis menasihatkan kepada masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah
mahupun aktiviti pemerdagangan manusia kepada pihak polis,” tegasnya.

Menurut Mohd Hamizi, tangkapan kes pemerdagangan manusia disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Manusia dan
Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular