HomeUtamaSPRM Sandakan laksana aktiviti Kembara Center Of Sabah & Agenda Penghijauan Malaysia

SPRM Sandakan laksana aktiviti Kembara Center Of Sabah & Agenda Penghijauan Malaysia

Read Time:2 Minute, 5 Second

SANDAKAN: Para pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan telah melaksanakan dua aktiviti luar iaitu Kembara Center Of Sabah dan Agenda Penghijauan Malaysia di sekitar daerah Tongod dan Telupid selama dua hari bermula pada 4 hingga 5 Oktober lalu.

Aktiviti pertama, seramai lapan orang pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan telah menyertai ekspedisi kembara merentas hutan ke titik tengah negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai “Centre of Sabah” (CoS) yang terletak dalam kawasan hutan simpan Gunung Tinkar, Tongod pada 4 Oktober lalu.

Pasukan yang diketuai oleh Ketua Cawangan SPRM Sandakan, PPj Geoffrey Tawayan telah berjaya menawan dan menamatkan Kembara Center of Sabah yang berketinggian lebih kurang 600 meter dari paras laut dengan laluan yang hampir separuhnya mempunyai kecuraman lebih 25 darjah sejauh lebih kurang 7 kilometer dalam masa 5 jam.

Program tersebut adalah bersempena dengan penganjuran program pencegahan rasuah oleh SPRM Cawangan Sandakan di Institut Perhutanan Sabah di Telupid.

Di akhir kembara tersebut para pegawai dan kakitangan SPRM Cawangan Sandakan yang berjaya menawan Center of Sabah telah dianugerahkan sijil pendakian daripada Jabatan Perhutanan Sabah.

Sijil pendakian Center of Sabah tersebut telah disampaikan Pegawai Perhutanan Daerah Tongod, Abdul Jamap Ibrahim

Turut serta dalam aktiviti ini ialah Ketua Cawangan SPRM Lahad Datu, PsK Azman Indus.

Manakala aktiviti kedua yang telah dilaksanakan ialah menanam pokok sempena Agenda Penghijauan Malaysia, kempen penanaman 100 juta pokok tahun 2021-2025 peringkat negeri Sabah.

Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan SPRM Cawangan Sandakan termasuk Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah, PKPj Alexander S. Kunghi, Ketua Cawangan SPRM Sandakan, PPj Geoffrey Tawayan dan Ketua Cawangan SPRM Lahad Datu, PsK Azman Indus telah terlibat dalam aktiviti menanam pokok yang dijalankan pada 5 Oktober lalu.

Ini adalah sebagai menyahut saranan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan serta kualiti hidup selain usaha menambah baik ekosistem dan biodiversiti negara.

Aktiviti ini dijalankan di Tawai Rainforest Camp, Telupid dengan disaksikan oleh para pegawai pejabat Perhutanan Telupid.

Sebanyak 15 pokok dryobalanops aromatica atau dikenali sebagai pokok kapur telah ditanam semasa aktiviti ini.

Terdahulu semasa program pencegahan anti rasuah di Institut Perhutanan Sabah, Telupid, PKPj Alexander, PPj Geoffrey, Psk Azman dan PKPs Suppiah Thevar telah menanam pokok pulai bersama-sama dengan ketua-ketua jabatan lain yang hadir.

Pihak SPRM berharap dengan penyertaan dalam aktiviti ini lebih ramai lagi individu yang dapat menyumbang dalam agenda penghijauan Malaysia dalam usaha untuk memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok dan menyokong komitmen untuk mengekalkan kawasan berhutan dalam negara.

RELATED ARTICLES
Utama

130 calon STPM 2023 di Sabah dapat PNGK 4.00

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular