HomeIsu tempatanBeberapa jalan, tempat letak kereta ditutup sementara petang ini - DBKK

Beberapa jalan, tempat letak kereta ditutup sementara petang ini – DBKK

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di beberapa lokasi bagi pelaksanaan acara Perayaan Kebudayaan Perarakan Jiu Wang Da Di 2023 yang berlangsung hari ini.

Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie berkata, acara anjuran Persatuan Nam Tien Kong (Jiu Wang Da Di) Kota Kinabalu itu akan mula berarak dari Padang Merdeka ke Marina Court (Padang Merdeka – Jalan Padang – Lorong Dewan – Jalan Bahasa – Jalan Tun Fuad Stephen – Marina Court), kemudian meneruskan acara ke Lintas Square, Foh Sang dan berakhir di Damai.

“Sehubungan dengan itu, jalan dan tempat letak kereta yang terlibat akan ditutup sementara iaitu melibatkan sebahagian Jalan Padang (bermula dari pintu gerbang Padang Merdeka hingga kawasan bas Keningau); Lorong Dewan; Jalan Bahasa (antara Wisma Merdeka dan Wisma Sabah) dan sebahagian Jalan Tun Fuad Stephens (Waterfront hingga Anjung Senja.

“Laluan itu akan ditutup secara berkala antara jam 6 petang hingga 8 malam.  Selain itu, turut ditutup adalah tempat letak kereta di Jalan Padang  (bermula dari pintu gerbang Padang Merdeka hingga kawasan bas Keningau) bermula jam 3 petang hingga 6 petang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Junainah berkata, DBKK turut membuat penutupan lokasi tempat letak kereta di Damai Fasa 3 bermula jam 6 petang hingga jam 12 tengah malam.

Katanya, DBKK menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota- anggota Penguatkuasa yang bertugas.

Selain itu, pengguna juga perlu sentiasa berhati-hati serta menggunakan jalan alternatif lain dan kawasan tempat letak kereta berdekatan sepanjang tempoh penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Charles, Jessie dan Ain juara Sugandoi Kaamatan Bandaraya KK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular