HomeUtamaTerus perkasa tata kelola perkhidmatan awam

Terus perkasa tata kelola perkhidmatan awam

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Tata kelola perkhidmatan awam harus terus diperkasa dalam memastikan sistem penyampaian berjiwa rakyat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong berkata, tadbir urus baharu di era digital perlu diberi fokus di setiap peringkat pengurusan seiring dengan peredaran zaman.

“Perkhidmatan awam harus terus bertransformasi daripada sistem tradisional kepada sistem pentadbiran kerajaan secara digital yang dapat memenuhi keperluan mensejahterakan rakyat.

“Dalam hal ini, setiap agensi harus mempunyai persediaan mencukupi dan kukuh dalam menghadapi perubahan  serta cabaran bagi merealisasikan sebuah kerajaan digital yang berintegriti sebagai asas perkhidmatan Madani.

“Justeru, tata kelola dalam perkhidmatan awam harus terus diperkasa dalam memastikan sistem penyampaian berjiwa rakyat dapat diterapkan di segenap lapisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2023 di sini, semalam.

Safar menyeru kepada semua peserta konvensyen agar sentiasa cakna dan fokus kepada matlamat utama dalam menginsankan perkhidmatan awam.

“Kita perlu bergerak seiring dalam menerapkan nilai individu dan organisasi untuk memastikan perkhidmatan awam sentiasa relevan serta dapat memenuhi keperluan dan aspirasi kerajaan membina Malaysia Madani,” katanya.

Konvensyen selama dua hari bermula Isnin itu disertai oleh seramai 2,300 penjawat awam negeri dan persekutuan.

Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Zainuddin Aman dan Timbalan SKN (Pentadbiran), Datuk Diyanah Abdullah.

RELATED ARTICLES
Utama

Kaamatan wadah promosi perpaduan sosial, jambatan persefahaman – Dr. Joachim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular