HomeSukan32 pasukan sertai Kejohanan Sepak Takraw Parlimen Beaufort

32 pasukan sertai Kejohanan Sepak Takraw Parlimen Beaufort

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kuala Penyu : Sebanyak 32 pasukan sekitar kawasan Parlimen Beaufort  menyertai Kejohanan Sepak Takraw yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Melampai di sini.

Kejohanan yang diadakan selama dua hari itu berakhir Ahad lalu itu adalah anjuran bersama Persatuan Sepak Takraw daerah Kuala Penyu dan Pusat Khidmat Parlimen Beaufort.

Pengerusi Pengelola Dulikom Ajak berkata, pihaknya menerima penyertaan yang amat menggalakkan dari peserta namun terpaksa menolak beberapa penyertaan atas faktor kemudahan gelanggang yang tidak mencukupi.

“Kami telah menerima penyertaan sebanyak 45 pasukan namun terpaksa menolak beberapa pasukan dan hanya mengambil 32 pasukan sahaja untuk menyertai kejohanan memandangkan kemudahan gelanggang tidak mencukupi.

“Atas faktor itu juga, kami memohon agar pihak kerajaan dapat membina sebuah dewan baharu yang memiliki sekurang-kurangnya tiga gelanggang sepak takraw bagi memastikan sesuatu kejohanan itu dapat dilaksanakan pada skala lebih besar,” katanya.

Dulikom berkata, objektif penganjuran ini juga sudah tentu mampu meningkatkan lagi kualiti pemain-pemain muda bagi mewakili daerah ke peringkat lebih tinggi.

Majlis perasmian kejohanan dan penyampaian hadiah disempurnakan Pegawai Khas Parlimen Beaufort Jaludin Kadir yang mewakili Ahli Parlimen Beaufort Datuk Siti Aminah Aching.

Hadir sama pada kejohanan itu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Yazri Pg Yahya dan Penolong Pegawai Pembangunan Pejabat Daerah Kuala Penyu Joumat Bisnim.

Pemenang tempat pertama kejohanan berjaya dimenangi pasukan Tenuk diikuti naib johan pasukan Mansud dan ketiga dimenangi secara bersama pasukan I’M Team dan PERBEKK.

Kesemua pasukan masing-masing membawa pulang  hadiah wang tunai, piala dan medal.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Yazri Pg Yahya berkata, pihaknya turut memohon agar Kerajaan dalam membina sebuah dewan baharu bagi kegunaan tujuan sama di Kampung Kerukan di sini.

“Saya turut berharap agar Kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membina sebuah dewan baharu yang boleh menempatkan tiga gelanggang sepak takraw di Kampung Kerukan.

“Sudah pasti ini dapat membantu melahirkan lebih ramai lagi pemain-pemain sukan itu yang bertaraf Kebangsaan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Dua import Sabah FC dijangka terlepas peluang beraksi esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular