HomePolitik200 ahli baharu termasuk daripada Warisan sertai PBS Kundasang

200 ahli baharu termasuk daripada Warisan sertai PBS Kundasang

Read Time:2 Minute, 0 Second

KUNDASANG: Seramai 200 orang ahli baharu termasuk daripada Parti Warisan (Warisan) di sini menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Ahad.

Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menerima kemasukan mereka yang diketuai oleh Kaibi Laiman pada Program Jelajah Keluarga PBS yang diadakan di Kampung Lembah Permai, di sini.

Mengalu-alukan kemasukan mereka, Dr. Joachim yang juga Ketua Bahagian PBS Kundasang mengucapkan syabas kepada mereka.

“PBS menerima keahlian baharu kamu dengan tangan terbuka. Tiada janji-janji yang boleh diberikan. Dalam PBS, kita mengamalkan budaya “we work by example”. Kita kerja dan terus berjuang, dan saya percaya orang- orang di bawah kita akan melihat. Sehubungan itu, kita mengalu-alukan kemasukan ahli baharu,” katanya.

Mengenai Program Jelajah Keluarga PBS, Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, ianya akan diadakan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.

Menurutnya, Program Jelajah ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara AJK Bahagian dan ahli-ahli peringkat akar umbi (cawangan) serta menambah keahlian parti.

Antara yang dilaksanakan semasa Program Jelajah ini ialah memberikan taklimat, memantapkan lagi kepimpinan parti.

Selain itu, PBS akan mengadakan seminar kepimpinan untuk semua Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Pergerakan Pemuda dan Wanita sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Dr. Joachim turut mengucapkan syabas kepada ahli belia dan beliawanis yang telah menyertai PBS Kundasang, dan menyeru kepada mereka agar terus mengikuti perkembangan politik negeri ini.

“Anda (belia dan beliawanis) adalah pewaris kepada kepemimpinan parti. Anda perlu bersedia, meneliti bagaimana memperkasakan kepimpinan dalam PBS,” ujarnya.

Beliau berasa amat gembira kerana ramai belia dan beliawanis menyertai PBS.

“Inilah yang kita mahukan sebenarnya. Kita berharap jangan menunggu arahan daripada peringkat Bahagian, tetapi di peringkat cawangan juga mainkan peranan aktif.

Dr. Joachim turut berkongsi mengenai banyak pencapaian terbaik yang telah dicapai oleh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketika ini berbanding kerajaan sebelumnya.

Sementara itu, bekas calon Warisan bagi DUN Paginatan yang merupakan antara mereka yang baru menyertai PBS, Dr. Julian Sidin memuji PBS yang tanpa henti-henti memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah selama 38 tahun.

Beliau berkata, PBS adalah sebuah parti yang dinamik dan yakin parti ini mampu membawa semua ahli baharu bersama dengan ahli lain untuk terus maju ke hadapan.

Dr. Joachim turut memberikan sumbangan kerusi baharu kepada lima Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu JKKK Kampung Lembah Permai, JKKK Kg. Kirokot, JKKK Kg. Kilanas Baru, JKKK Kg. Tebut Timbua dan JKKK Kg. Tumbalang.

RELATED ARTICLES
Utama

Had laju diubah, kurangkan risiko kemalangan di Jalan Lintas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya