HomePendapatWanita mampu merancakkan pembangunan negara, seiring dengan tenaga kerja lelaki

Wanita mampu merancakkan pembangunan negara, seiring dengan tenaga kerja lelaki

Read Time:5 Minute, 48 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1.         Di bawah Belanjawan 2024 yang di bentangkan baru-baru ini, Menteri Kewangan Malaysia menyatakan bahawa Kerangka Ekonomi MADANI telah menetapkan penanda aras agar kadar penyertaaan wanita di dalam pasaran buruh negara di tingkatkan kepada 60%.

2.         Selaras dengan sasaran tersebut, Belanjawan 2024 telah menyediakan beberapa inisiatif, antara-nya:

  • galakan cukai bagi wanita yang kembali bekerja di lanjutkan sehingga 31 Disember 2027
  • had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak yang di terima oleh pekerja atau di bayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak di tingkatkan daripada RM 2,400 kepada RM 3,000

3.         Menurut Laporan Statistik Tenaga Buruh Malaysia Jun 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar penyertaan tenaga buruh wanita negara ketika ini berada pada kadar 56.3%. Ini jauh berbeza dengan kadar penyertaan tenaga buruh lelaki iaitu 82.9%.

4.         Malah, kadar penyertaan tenaga buruh wanita negara juga jauh lebih rendah berbanding dengan negara serantau. Menurut laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 2022, Malaysia berada di tangga ke-8 daripada 10 negara ASEAN, seperti: Laos (74.8%), Kemboja (74.0%), Vietnam (69.6%), Singapura (59.4%), Thailand (59%).

5.         Tenaga kerja wanita adalah aset negara yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Pada masa yang sama, wanita bekerja dapat menambah pendapatan isi rumah, dan meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup keluarga.

6.         Namun begitu, ramai wanita mengambil keputusan untuk tidak bekerja di sebabkan oleh pelbagai faktor, terutamanya kerana mengalas tanggungjawab menguruskan keluarga serta menjaga anak-anak dan ahli keluarga warga emas dan kurang upaya. Menurut laporan kajian oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2014, kebarangkalian untuk wanita keluar daripada pasaran buruh ialah 94% jika mempunyai masalah penjagaan anak berbanding mereka yang ada kemudahan itu.

7.         Justeru itu, Belanjawan 2024 juga menyediakan dana yang besar untuk meningkatkan fasiliti penjagaan awal kanak-kanak. Antara-nya:

  • RM 586 juta di sediakan untuk KEMAS: termasuklah membina 10 buah TABIKA dan TASKA baharu (RM 31 juta), menaik-taraf premis Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS (RM 20 juta)
  • RM 82 juta di sediakan untuk Kementerian Pendidikan: membina 26 buah prasekolah baharu

8.         Ini sedikit sebanyak dapat meredakan keresahan ibu-bapa dengan adanya fasiliti penjagaan kanak-kanak yang berkualiti dan mampu-bayar. Seterusnya ini boleh menggalakkan wanita untuk kekal dan masuk ke dalam pasaran buruh negara.

9.         Walaubagaimanapun, ramai kecewa kerana berpendapat bahawa inisiatif serta peruntukkan yang di sediakan di bawah Belanjawan 2024 adalah tidak memadai dan tidak menyeluruh, untuk mengekalkan wanita di dalam pasaran buruh negara serta menarik wanita untuk kembali bekerja.

10.       Sebagai contoh. Insentif cukai berkaitan kemudahan penjagaan kanak-kanak telah pun di sediakan oleh Kerajaan Malaysia, tetapi tidak membuahkan hasil yang di harapkan. Majikan masih berkeberatan untuk mewujudkan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja kerana jumlah kos yang terlibat. Justeru itu, Kerajaan Malaysia wajar mempertimbangkan untuk mengenakan penalti kepada majikan yang tidak menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.

11.       Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia telah menyatakan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menumpukan empat aspek utama untuk mencapai sasaran 60% tenaga kerja wanita. Empat aspek bekenaan meliputi:

  • Penjanaan Pendapatan
  • Wanita Selamat: advokasi Antigangguan Seksual dan kesedaran menangani keganasan dan diskriminasi terhadap wanita
  • Kepimpinan: dasar 30% wanita di peringkat pembuat keputusan
  • Wanita Sejahtera: kesejahteraan dan kesihatan wanita

12.       Maka, usaha untuk mencapai sasaran 60% penyertaan wanita di dalam pasaran buruh negara mestilah berlandaskan kepada dua pendekatan utama, iaitu: tranformasi tempat kerja (workplace transformation) dan transformasi tenaga kerja (workforce transformation).

13.       Transformasi tempat kerja melibatkan usaha untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif untuk wanita. Ini termasuklah tempat kerja yang bebas gangguan dan diskrimasi, jadual dan struktur kerja yang fleksibel serta gaji/ faedah/ ganjaran yang setimpal di sediakan oleh majikan. Transformasi tempat kerja banyak melibatkan penambah-baikkan undang-undang dan peraturan yang lebih mesra wanita.

14.       Manakala transformasi tenaga kerja melibatkan usaha untuk menyediakan tenaga kerja wanita yang berkemahiran dan berpengetahuan, selari dengan kehendak pasaran buruh. Transformasi tenaga kerja banyak melibatkan program pembelajaran dan latihan, termasuklah – meningkatkan kemahiran (up-skilling) dan menambah kemahiran (re-skilling).

15.       Mengikut data tahun 2021, kadar penyertaan wanita mengikut pencapaian pendidikan adalah: pendidikan tinggi (64.1%), pendidikan menengah (52.2%) dan pendidikan rendah (43.6%).

16.       Adalah tidak mengejutkan wanita yang memiliki pendidikan tinggi mempunyai kadar penyertaan tenaga buruh yang tinggi kerana ramai wanita yang memasuki institusi pengajian tinggi. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, pada tahun 2020, terdapat sejumlah 357,087 pelajar wanita di institusi pendidikan tinggi awam, merangkumi 61% daripada jumlah pelajar yang mendaftar. Manakala sejumlah 537,434 (53%) pelajar wanita mendaftar di institusi pengajian tinggi swasta.

17.       Justeru itu, fokus wajar di berikan untuk meningkatkan penyertaan wanita yang memiliki pendidikan menengah dan rendah, dengan menyediakan program pembelajaran dan latihan yang sesuai dan relevan, serta dana kewangan untuk mereka menjalani program-program tersebut.

18.       Di samping usaha untuk meningkatkan penyertaan wanita di dalam pasaran buruh negara, Kerajaan Malaysia juga mensasarkan lebih ramai wanita di peringkat tertinggi pengurusan dan pembuat dasar. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, wanita kini merangkumi 38.8% penjawatan di peringkat pembuat keputusan di dalam sektor awam negara.

19.       Sebagai contoh tambahan. Menurut Ketua Menteri Sabah, setakat bulan Ogos 2023, statistik dan data wanita pembuat keputusan Kerajaan Negeri Sabah adalah:

  • seorang wanita daripada 3 orang Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (33.3%)
  • seorang wanita daripada 11 Setiausaha Tetap Kementerian (9.09%)
  • 8 wanita daripada 20 Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian (40%)
  • 13 wanita daripada 43 Ketua Jabatan (30.23%)

20.       Manakala, di sektor korporat, wanita telah berjaya melebihi sasaran 30% untuk menduduki kerusi Lembaga Pengarah syarikat awam. Ketika ini, menurut data yang di sediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti, wanita merangkumi 30.6% di dalam Lembaga Pengarah di 100 Syarikat Senaraian Awam/ Public Listed Company (PLC) utama di Bursa Malaysia. Ini merupakan peningkatan lebih 100% di dalam tempoh 7 tahun, memandangkan kadar tersebut hanyalah 14% pada tahun 2016. Ini adalah satu pencapaian yang amat memberangsangkan.

Sebagai perbandingan, di United Kingdom, wanita kini merangkumi hampir 40% di dalam Lembaga Pengarah syarikat Financial Times Stock Exchange 100 (FTSE100).

21.       Pencapaian sebegini membuktikan wanita mampu merancakkan pembangunan negara, setanding dan seiringan dengan tenaga kerja lelaki. – FOTO BERNAMA

RELATED ARTICLES
Pendapat

Rakyat tidak ‘bahagia’, pelbagai isu dan cabaran jejas kesejahteraan hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya