HomeUtamaKo-Nelayan berjaya capai prestasi pembangunan, inisiatif sepanjang 2023

Ko-Nelayan berjaya capai prestasi pembangunan, inisiatif sepanjang 2023

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) berjaya mencapai prestasi sebanyak 86 peratus melalui 20 projek pembangunan dibawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe12).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, agensi itu juga berjaya mencapai prestasi sebanyak 95 peratus menerusi 18 inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) Ko-Nelayan yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu.

“Saya yakin Ko-Nelayan mampu mengorak langkah yang lebih positif dan terus berusaha untuk mencapai matlamat utama yang telah dirancang.

“Perlu diingatkan bahawa bagi mencapai matlamat organisasi bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi untuk mengekalkan kecemerlangan yant telah dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Ko-Nelayan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Peto Galim.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Robert Stidi; Pengerusi Ko-Nelayan Kong Soon Choi dan Pengurus Besar Ko-Nelayan Yusof Ag Besar.

Jeffrey berkata, kemampuan Ko-Nelayan dalam mencapai salah satu objektifnya bagi membantu memperbaiki kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat nelayan di Sabah telah dapat dibuktikan.

Katanya, ia termasuklah dalam membantu menyalurkan peruntukan kepada kumpulan sasar melalui peruntukan projek pembangunan negeri.

“Dengan potensi dan sumber semula jadi yang dimiliki, kita berkeyakinan sektor perikanan akan dapat diperkasakan untuk menyumbang melalui pengeksportan hasil tempatan selain meningkatkan pendapatan masyatakat nelayan serta mengurangkan kebergantungan negeri kepada import produk perikanan.

“Justeru, bagi meningkatkan lagi prestasi, saya mengambil kesempatan ini menyeru seluruh warga Ko-Nelayan agar menjadikan penambahbaikan berterusan serta pembelajaran sepanjang hayat sebagai budaya hidup yang membolehkan kita berkhidmat dengan cemerlang ke arah memperolehi kepuasan bekerja yang sebenar,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular