HomeUtama14 ahli Lembaga Penasihat DBKK terima watikah pelantikan

14 ahli Lembaga Penasihat DBKK terima watikah pelantikan

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Seramai 14 ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerima watikah pelantikan bagi penggal 2024-2027.

Penyampaian watikah yang diadakan di pejabat DBKK itu telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di sini semalam.

Lembaga Penasihat itu terdiri daripada Datuk Dr. Sharifah Habsah Habib Alawi, Datuk Yong Chiew Lip @ Philip Yong, Dr. Siti Fatmah Suahid, James Wong Kein Peng, Li Su Fook, Datuk Lo Vun Che @ Jessica J, Mohd. Zahari Mohd. Zinin, Judy Hiew Mui Nyuk, Lim Vun Chan, Helmi Shahril Kassim, Tressie Yap Chui Kie, Datuk Alsat Edris @ Arsad Arshad Idris, Orson Lo Ming Liong dan Tan Young.

Seorang Ahli Lembaga Pengarah, Datuk Clement Yeh tidak menerima watikah pelantikannya kerana penggalnya hanya akan tamat tahun depan.

Hajiji kemudiannya diberi taklimat mengenai rancangan pembangunan DBKK oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah.

Sabin ketika ditemui merakamkan penghargaan ucapan tahniah kepada semua ahli Lembaga Penasihat yang dilantik.

“Sebagai Datuk Bandar, saya berharap akan mendapat sokongan padu daripada mereka terutama untuk mendapat input kerana mereka kerap berinteraksi dengan orang ramai dan pakar dalam bidang masing-masing.

Sabin Samitah

“Dan kerana dengan pengalaman mereka yang pelbagai, mereka boleh memberikan pendapat yang bernas kepada DBKK,” katanya.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin dan ADUN Petagas Datuk Awang Sah Sahari. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular