Skandal Air Sabah – Hakim, Pendakwaraya dan Peguam tinjau lokasi kejadian jenayah

Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu hari ini melakukan lawatan ke dua lokasi kejadian jenayah berhubung perbicaraan skandal rasuah bekas pengarah Jabatan Air Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib.

Hakim Abu Bakar Manat bersama barisan peguam pembelaan, pendakwaan, saksi pendakwaan dan tertuduh melawat lokasi kejadian jenayah pertama di Pejabat Jabatan Air Negeri Sabah, bangunan Wisma Muis, Kota Kinabalu pada jam 9 pagi.