HomeUtamaIdea, pendapat pelbagai pihak mampu bantu perkasa usaha halal di Sabah

Idea, pendapat pelbagai pihak mampu bantu perkasa usaha halal di Sabah

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Perjanjian Persefahaman (MoU) yang dijalin antara Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Holdings Sdn Bhd dan Syarikat SAHA Farm dari Thailand diharap dapat memberi lebih keyakinan dalam usaha membangunkan industri halal di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata,  idea dan pendapat dari pelbagai pakar profesional juga mampu membantu memperkasa usaha halal di negeri ini.

“Hari ini juga mengadakan MoU dengan sebuah syarikat dari Thailand iaitu sebuah syarikat pengeluar ayam terbesar halal di dunia yang mana ini akan berkolaborasi dengan MUIS.

“Dengan kerjasama ini sekurang-kurangnya dapat membantu kita dalam memperkasa halal disamping kita bersama-sama dengan pakar profesional, para pemikir, pensyarah berhubung dengan halal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Expo Halal Sabah (SAHEX) dan Karnival Baurung-urung 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya.

SAHEX diadakan bagi memantapkan lagi kefahaman mengenai Pensijilan Halal Malaysia selain memperkenalkan produk-produk halal buatan tempatan negeri ini.

Expo Halal ini akan melibatkan pameran, jualan dan jaringan kerjasama pemain-pemain industry halal di dalam dan luar negara.

Antara pengisian SAHEX ialah klinik halal; bicara halal; jaringan kerjasama; pameran dan jualan produk halal; kuiz halal dan persembahn artis. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular