HomeIsu tempatanTAMLF 2023 beri ruang promosi pelancongan baharu menerusi industri kreatif

TAMLF 2023 beri ruang promosi pelancongan baharu menerusi industri kreatif

Read Time:1 Minute, 8 Second

Tamparuli : Inisiatif pelaksanaan ‘Tamparuli Arts Music Literature Festival 2023’ (TAMLF 2023) dilihat mampu mewujudkan satu ekosistem kesenian dan kebudayaan untuk penggiat industri kreatif dan budaya di Sabah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, ia khususnya melibatkan program diperingkat akar umbi agar ianya dapat memberi pendedahan, kemajuan untuk bedaya saing dan mengukuhkan lagi warisan negeri ini.

“Inisiatif TAMLF 2023 adalah  selari dengan seruan Kerajaan Malaysia untuk mempromosikan bentuk pelancongan baharu daripada industri kreatif dan budaya seperti mana yang digariskan melalui Teras Strategik Malaysia Madani dalam ‘Memacu Pertumbuhan Ekonomi Negara’.

“Saya amat berbangga melihat program ini menekankan keterangkuman.  Dalam usaha-usaha kita memajukan diri kita, kita perlu juga mengambil masa untuk menilaikan keterangkuman dalam segala aspek kehidupan kita.

“Kita mengambil masa untuk menghargai semua orang sebagai sama taraf dan pada masa memahami perbezaan budaya dan kepelbagaian. Sikap toleransi dalam masyarakat kita amatlah penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan TAMLF 2023 di sini semalam.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, kelestarian juga amat penting sebagai salah satu sikap dalam kehidupan bagi meningkat kualiti hidup, melindungi ekosistem dan memelihara sumber semula jadi untuk generasi akan datang.

Katanya, TAMLF 2023 itu merupakan yang pertama diadakan di daerah ini malahan ianya pertama di Sabah yang merupakan program berbentuk kesenian, kebudayaan dan kesusastraan dirayakan dalam satu majlis bertemakan pelestarian dan keterangkuman. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

IMAGO taja lokasi pertandingan Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular